Uncategorized

Welcome everyone!

Assalamulaikum semua! 

Tertubuhnya website ini adalah untuk menulis info-info berkaitan penyusuan susu ibu & fakta-fakta yang perlu diketahui oleh ibu-ibu bahawa mereka semua mampu untuk menyusukan. Hentikan mitos-mitos atau kefahaman yang salah jika anda ingin berjaya. Sokongan yang berterusan dari suami & ahli keluarga adalah sangat penting.  

Marilah ibu-ibu semua bersama-sama saya untuk menjayakan misi yang penuh mencabar ini. 

Sesungguhnya susu ibu adalah yang terbaik untuk setiap anak. Mereka berhak mendapatkan susu ibu didalam dua tahun pertama kehidupan mereka. 

Salam Sayang,

Amalina Mohayidin

#NotaUmmuSaif

post

Advertisements
Uncategorized

Keperluan protein untuk ibu menyusu

Assalamualaikum semua.

Wanita menyusu memerlukan protein lebih daripada wanita yang tidak menyusu.

Ibu perlu protein yang cukup untuk keperluan aktiviti harian, dan juga untuk mengekalkan tenaga dalam proses penghasilan susu badan.

Ia juga penting untuk keperluan bayi yang disusuinya.

Jadi, ibu yang menyusu memerlukan kalori, protein dan nutrisi lain yang cukup untuk diri sendiri dan juga untuk penghasilan susu.

Wanita menyusu memerlukan 71g protein sehari iaitu 35% melebihi keperluan wanita-wanita lain.

Namun, tidak semua ibu menyusu memerlukan jumlah protein yang sama, bergantung kepada umur, berat, aktiviti harian dan masalah kesihatan. (Boleh refer Doktor)

Perlu ke makanan tambahan protein?

Secara umumnya semua wanita, sama ada mengandung atau tidak, menyusui atau tidak cenderung kepada kekurangan protein dalam diet harian.

Jadi, sepatutnya setiap individu perlu mendapatkan makanan tambahan protein yang mempunyai rangkaian asid amino lengkap.

Asid amino lengkap sangat penting untuk kesihatan yang menyeluruh.

Secara logik nya, keperluan protein makin meningkat bagi ibu yang menyusu, maka wajarlah untuk mendapatkan makanan tambahan protein untuk melengkapkan keperluan protein tersebut.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
#ProjekSusu

Breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu, PenyusuanSusuIbu, Uncategorized

10 TIPS PENTING TENTANG PENYUSUAN BUAT IBU PERTAMA KALI (1ST TIME MOM)

Assalamualaikum Salam Sejahtera, Salam Penyusuan Susu Ibu.

Pertama kali nya, elak jadikan ‘ibu pertama kali’ sebagai alasan untuk tidak terus berjuang dan cepat mengalah.

“Do it right at the 1st time”. Tetapi harus diingat, proses menyusukan itu walau nampak mudah & semula jadi, ia ada cabaran yg tersendiri. Ikuti tips ini sebagai salah satu usaha untuk berjaya dalam penyusuan sekurang kurang nya 6 bulan pertama kehidupan bayi anda.

1. BERSALIN DIHOSPITAL RAKAN BAYI

Bersalin di hospital rakan bayi. Diorg memang akan galakkan ibu menyusu badan. Selepas melahirkan bayi akan diberi kepada ibu untuk menyusu. Jika anda bercadang untuk bersalin di hospital kerajaan, insyaAllah semua hospital kerajaan adalah hospital rakan bayi. Kalau bersalin di hospital swasta yang bukan rakan bayi, inform doctor & nurse anda yang anda nak breastfeed anak anda.

2. MANFAATKAN ‘SKIN-TO-SKIN CONTACT’

Sejam pertama kelahiran adalah waktu yang paling crucial. Rooting reflex pada waktu ini sangat tinggi dimana bayi bila diletakkan di dada ibu, dia pandai mencari areola ibu & hisap susu! That moment was priceless. I still remember the nurse came to me with the baby & put Saif on my chest. Dan Saif pandai hisap! I said, “pandainya dia hisap!” Sebelum cepat cepat nurse bawak pergi oksigen. Kajian menunjukkan, tindakan ini dapat menyumbang kepada kejayaan untuk menyusu badan! Jadi jangan sia sia kan waktu ini mommies! Berdoa kepada Allah supaya kelahiran anda mudah & selamat.

3. EKSPERIMEN POSISI PALING SELESA

Pada beberapa hari pertama, mommies tak perlu risau jika susu belum begitu banyak kerana waktu ini adalah fasa susu kolustrum. We called it as ‘titisan emas’ sebab khasiat nya yang menakjubkan. Penuh dengan khasiat & imuniti. Jangan sia sia kan titisan emas ni. Teruskan penyusuan dengan posisi yang paling selesa. Walaupun akan berasa kekok, usaha lah untuk latching on dengan betul & merasa selesa. Latching yang betul adalah tidak sakit. If anda rasa sakit, means latching tak betul atau ada masalah pada lidah anak. Tolong cek.

4. PAKAI PAKAIAN SELESA

Untuk mendapatkan keadaan yang selesa, pakai lah baju yang selesa. Apabila ibu & bayi selesa, insyaAllah penyusuan akan lebih tenang & menyeronokkan! Bra menyusu sangat penting!

5. ELAKKAN BREAST BENGKAK

Breast bengkak penuh susu kalau tidak dikeluarkan akan menyebab ibu rasa tidak sihat. Lebih teruk jika ia menjadi ‘mastitis’. Jadi, pastikan bayi anda latch on dengan betul, menyusu effectively & so that susu tak terkumpul terlalu lama. Especially ketika masih berpantang, 2 minggu pertama kelahiran, susu akan melimpah ruah walau takde permintaan. Jadi pastikan anda keluarkan dulu susu sedikit, and then baru bagi bayi menyusu. So, bayi akan dapat both foremilk & hindmilk. Jika berlaku clogged duct atau puting tersumbat, pam & urut sehingga tak tersumbat. Kalau tersumbat lagi, meh PM UMI, umi ajar cara paling effective. Tak boleh tulis kt sini. He he he.

6. PUTING MELECET

Yang ni semua orang akan rasa kalau lekapan menyusu bayi anda salah. Ataupun kene gigit dengan anak yang dah tumbuh gigi. Teruskan sahaja penyusuan dengan lekapan yang betul. Kalau sakit sangat, boleh pam & bagi anak susu perahan. Sapu cream & boleh cuba direct feeding guna breast shield. Umi dah rasa, sakit oiiiiii! Menjejes air mata.

7. KENAL PASTI TANDA BAYI LAPAR.

Cuba kenal pasti tanda bayi lapar supaya anda dapat menyusu dengan tenang. Pastikan beri susu sebelum bayi menangis mengamuk. Bila dia dah start meragam macam tu, lagi susah lah untuk latch on dengan baik. Ibu pun stress anak taknak menyusu, pastu mula lah duk fikir susu dia tak cukup. Bahaya ya fikiran ini. Fikir tak cukup susu, bayi taknak direct, demand takde. Lama kelamaan susu pun merajuk!

8. PENGENALAN BOTOL SUSU

Untuk mengelakkan anak anda keliru puting, elakkan dari memperkenalkan bayi anda dengan botol susu especially di awal awal kelahiran. Kalau tak boleh direct latch, bagi susu perahan menggunakan cup atau sudu. Pengenalan botol susu awal awal boleh menyebabkan anak anda keliru puting ibu. Bila anak taknak direct, mula lah ibu sedih. Sobs. Sobs. Ketika dalam pantang, fokus sahaja direct feeding!

9. FIKIRAN POSITIF & DOA

Berfikir la yang positif sahaja. Doa kepada Allah supaya Dia mudahkan niat murni mommies. InsyaAllah.

10. SOKONGAN SUAMI & KELUARGA

Sebelum bersalin zikir kan di telinga suami. ‘Saya nak menyusu badan anak dalam perut ni, abang study sama sama ye?’ Bagitahu ibu & ibu mertua yang anda nak menyusu susu ibu kepada anak anda. InsyaAllah mereka akan sokong 100%

Malyn,
Rakan Pembimbing Penyusuan Anda.

http://www.wasap.my/+60179088812 untuk homevisit & pertanyaan tentang penyusuan susu ibu.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme

Uncategorized

Tips Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Saya ni ibu bekerja? Boleh ke nak menyusu sampai 2 tahun?

Bolehhhh. Siapa kata tak boleh? Kalau ibu ibu faham basic penyusuan & membaca tentang penyusuan ibu bekerjaya, ibu ibu pasti boleh.

Ni Umi senaraikan tips penyusuan bagi ibu bekerjaya.

Pertama sekali yang ibu perlu ada adalah, hati yang kental. Kalau hati tak kental, ibu akan rasa susah. Niat & matlamat memainkan peranan penting.

Kedua, adalah ilmu. Masa mengandung lagi Umi tekankan kena study. Tak faham tanya kawan2 yg ada pengalaman. Kene faham tentang jadual pam, cara penyimpanan EBM, jangka hayat EBM & pelbagai lagi.

Ketiga, invest sedikit duit untuk pam dan segala alatan perang, seperti bottle storage, cooler bag, ice pack, plastic storage bag etc etc. Kalau perlu, sediakan kemudahan utk pam di work station seperti freemie cup.

Keempat, sokongan suami. Bahagi kan tugas tugas supaya ibu tak rasa lelah nak handle semua sendirian. Sebagai contoh, Umi pam, ayah basuh corong pam, semua botol susu & transfer susu pergi deep freezer. hehe

Kelima, makan makanan berkhasiat. Waktu makan kene makan. Water intake pun kene jaga. Kalau rasa gigi dah longgar, sila amik kalsium! Tak payah nak acah2 tanpa supplement sangat. Susu pun tak minum! (Umi lettewww…hiks) Supplemen dah jatuh tahap keperluan dah zaman sekarang ni. Ada keluar paper haritu Doctor2 berdiskusi.

Keenam, sentiasa lah berdoa kepada Allah, supaya Allah mudahkan urusan kita untuk menyusukan anak. Moga moga besar ganjaran nya disisi Allah S.W.T.

Ada sesiapa nak tambah?

Umi alu alu kan cadangan & tambahan tips tips lain. Mungkin ada yg Umi terlepas pandang.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
#TofuMofuBofu

Uncategorized

Teknik Power Pumping

Semua orang tahu susu ibu adalah merupakan salah satu perkara terbaik yang boleh diberikan seorang ibu pada buah hatinya.

Kandungan susu ibu yang selalu mengikuti tahap pertumbuhan dan bayi sejak lahir tak akan boleh digantikan oleh mana mana susu formula pun.

Sayangnya produksi susu ibu ini kadang kadang mengalami pengurangan pada satu satu waktu. Banyak sebab yg boleh menjadi punca kpd ‘drop’ ini.

Untuk mengembalikan hasil susu ibu seperti biasa, power pumping adalah salah satu cara untuk meningkatkan hasil susu ibu.

Teknik Power Pumping

So, macam mana nk buat teknik power pumping ni. Atau short form nya PP.

Pilih waktu satu jam yang sesuai utk melakukan PP. Bagi ibu bekerja, saya cadangkan anda manfaat kan waktu rehat pada hari Jumaat untuk buat PP.

DOUBLE PUMP
Pump 20 minit
Rehat 10 minit
Pump 10 minit
Rehat 10 minit
Pump 10 minit
Selesai

SINGLE PUMP
Pam 10 minit kanan
Pam 10 minit kiri
Pam 10 minit kanan
Pam 10 minit kiri
Pam 10 minit kanan
Pam 10 minit kiri
Selesai

Hasil PP setiap ibu pasti berlainan. Jangan pernah bandingkan hasil anda dgn org lain. Ada yg ambil masa sekejap je utk tingkat kan produksi. Ada yg memakan masa hampir 2 minggu utk kembalikan produksi seperti sedia kala. Yang penting, jangan putus asa dan sentiasa positif.

Nak buat PP tak boleh stress. Kene buat dalam keadaan yg tenang dan happy. Sambil pam sambil tgk video anak, makan snack favourite atau apa sahaja yg boleh menggembirakan hati.

Bagi ibu yg tiada mengalami masalah drop. Tak perlu PP. Cukup lah sekadar 1 sekali seminggu. Bagi yg ada masalah drop boleh cuba buat hari hari sampai produksi kembali normal. Digalakkan melakukan PP pada waktu awal pagi kerana hormon prolaktin & oxytocin tinggi waktui ini.

Harus diingatkan bukan PP sahaja satu satu nya cara utk tingkatkan hasil susu. Anda perlu kenal pasti punca susu drop dan atasi nya dgn berpandukan punca tadi.

Selamat Mencuba & happy breastfeeding.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme

http://www.wasap.my/+60179088812

Uncategorized

SAIZ PERUT BAYI & SUSU IBU

BABY UMUR 3 HARI TAK CUKUP SUSU. Betul ke?

Saya bersimpati dengan ibu-ibu yang bertanyakan di group2 FB ni bertanyakan bagaimana nak banyak kan susu. Baby baru 3 hari.

Penuh komen kat bawah tu cadang produk macam-macam.

Kawan-kawan, bukan masa nya cadangkan macam-macam kalau baby baru 3 hari, tak sampai seminggu pun.

Awal awal kelahiran perut baby tak besar mana pun. Jangan la expect hari pertama susu terus keluar 10oz. Kan susu keluar ikut keperluan bayi. Boleh refer gambar size perut bayi mengikut umur.

Susu awal adalah kolostrum, pekat dan kekuningan sedikit. Susu ni sangat penting utk bayi. Selalu nya kolustrum ada dari hari pertama hingga hari ketiga kelahiran. Dan dengan hisapan bayi sahaja yg boleh rangsang susu keluar. Hisapan bayi rangsang hormon oxytocin yang boleh merangsang refleks pancutan atau dalam bahasa kampung nya “milk ejection reflex”.

Susu ibu juga cepat hadam, sebab tu dia asyik nak menyusu sahaja. Bukan kerana tak cukup susu. Baguslah kalau baby asyik nak menyusu je. Sebab, MORE DEMAND, MORE SUPPLY. Bila dah bagi susu alternatif, susu alternatif lambat hadam, so baby tidur lama. Ibu pun fikir baby kenyang. TAPI, no demand dari baby bila tiada hisapan berlaku. Pastu? Bila tiada demand, apa efek dia? Tak ada lah susu keluar.

Penat? Memang penat. Once dah jadi ibu, memang kene kuat mental & fizikal.

Mindset kena jaga. Tolong fahamkan husband & family members yang jaga masa pantang untuk faham konsep ni. So takde lah nanti, baby nangis sua susu lain.

#NotaUmmuSaif

#Walkthejourneywithme

Uncategorized

ENFUSELLE BALANCING MOISTURIZER

ENFUSELLE BALANCING MOISTURIZER
.
.
Dah dapat dah moisturizer akak. Lama jugak mencari yg terbaik menggantikan NutriWhite. Ini pun sangat best. 1st apply kt muka pun dah rasa lembut. Tak melekit. Murah pun murah. Setanding dgn poket akak. 😂
.
.
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit – Krim pelembab dengan formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
.
.
+Terbukti berkesan secara klinikal

+146% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari

+268% pengurangan garis- garis halus dalam tempoh 28 hari

+173% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari

+Membantu mengembalikan keseimbangan lipid

+Hipoalergenik

+100% dye & paraben free

+ Clinically formulated

+ Dermatologist Tested

+Allergy tested

+Contains triple-patented Vital Repair+ Complex

Fuhh. Jatuh cinta pada pertama kali gunaaaa…!!

Siapa yg tengah mencari moisturizer, you better consider this product! InsyaAllah tak mengecewakan.

http://www.wasap.my/+60179088812

#mydailyShaklee

Uncategorized

Minyak Ikan & Omega 3

Siapa kat sini ada consume Fish Oil? Fish Oil sangat penting utk kesihatan. Dr. Hamid Arsyat di dalam postings beliau ada berpesan supaya ambil supplement utk kesihatan. Antara nya adalah Fish Oil. 

Dalam Fish Oil ada Omega 3. Apa Omega 3 ni? Jom berkenalan dulu dengan Omega-3

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA adalah untuk:

❗Mencegah kanser

❗Mencegah pembekuan darah

❗Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan

❗Baik untuk pesakit jantung

❗Menghindar tekanan perasaan

❗Mencegah penyakit darah tinggi                

Manakala tugas DHA pula adalah untuk:

❗Mencegah asma

❗Meningkatkan daya seksual

❗Mencegah sakit kulit

❗Mengelakkan kanser payu dara

❗Mengelak kanser prostat

❗Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan

❗Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Sangat banyak kebaikan Omega 3 pada kesihatan & kesejahteraan hidup kita.
#CelikNutrisi

#Healthiswealth

Uncategorized

KEPERLUAN AIR DALAM TUBUH DAN MANFAAT NYA

Assalamualaikum readers, harini Umi nak share tentang Manfaat Air. Ibu menyusu lagilah sangat perlu air. Air kene cukup.

Orang dewasa biasanya memerlukan 8-12 gelas air sehari. Iaitu bersamaan dengan 2-3 liter sehari. Selain penghilang dahaga, air dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan cara mudah dan murah. Berikut merupakan beberapa manfaat yang akan diperoleh melalui pengambilan air yg cukup.
1. Melancarkan sistem pencernaan
Air yg cukup setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan dan menghindari masalah sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. Juga membantu melambatkan tumbuhnya zat-zat penyebab kanser serta mencegah penyakit batu karang pada ginjal dan hati.
2. Perawatan Kecantikan
Apabila kurang minum air kosong, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga menjadi kering dan berkedut. Air kosong juga dapat melindungi kulit dari luar, sekali gus melembabkan dan menyihatkan kulit.
3. Kesuburan
Pengambilan air yg cukup akan meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Menurut kajian, jika seseorang mandi dengan air sejuk, maka peredaran darahnya akan lancar dan tubuh terasa lebih segar bugar. Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan produksi sel darah putih dan kemampuan seseorg terhadap serangan virus. Bahkan, mandi dengan air sejuk pada waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron dan estrogen pada wanita. Sekali gus kesuburan serta daya seksual pun akan meningkat.
4. Sebagai ubat strok
Air panas bukan hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit tapi juga berkesan untuk mengubati lumpuh yang disebabkan oleh strok. Hal ini kerana air dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan. Kesan panas itu menyebabkan pelebaran pembuluh darah, meningkatkan peredaran darah serta mencegah kekejangan otot, menghilangkan rasa sakit serta menenangkan fikiran. Kandungan ion-ion dalam air panas seperti magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat membantu pelebaran pembuluh darah dan memudahkan peredaran darah, Selain itu, pH dalam air mampu mensterilkan kulit.
5. Kesan Relaks
Cubalah berdiri dibawah pancuran air dan rasakan kesan nya pada tubuh. Curahan air yg jatuh ke tubuh terasa seperti urutan dan mampu menghilangkan rasa letih. Bukan itu sahaja ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air panas bersuhu sekitar 37 darjah celcius. Jika kaki terasa lenguh, kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air panas yg dicamput sedikit garam
6. Menguruskan badan
Air kosong juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran didalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin menguruskan badan, minum air panas sebelum makan merupakan satu cara untuk mengurangkan jumlah makanan yg diambil. Tambahan pula air tidak mengandungi kalori, gula atau lemak. Namun yg terbaik adalah minum air kosong pada suhu sederhana , tidak telalu panas dan tidak terlalu sejuk.
Sumber:
Buku bertajuk, ‘ALLAH Doktorku; Wahyu Ubat Penyakitku’ – Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi
#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
Natural Supplement, Shaklee, Supplemen Semula Jadi

Kebaikan B Complex Shaklee

Assalamualaikum readers, 

Harini Umi nak share kalau nak consume Vitamin B, make sure Vitamin B anda mempunyai kesemua jenis 8 vitamin B ni untuk keseimbangan keperluan Vitamin B.

B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh badan iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12,  B9 asid folik dan  B7 (100% Biotin)

Istimewa nya B Complex Shaklee ni telah mendapat pengecualian dari dikenakan GST. Boleh dikategorikan sebagai vitamin keperluan oleh kerajaan. 

Jom kita tengok satu satu bahan dalam B Complex Shaklee dan fungsi untuk setiap bahan. 

📌Thiamin (B1) – membantu sel tubuh menghasilkan tenaga, kesihatan jantung dan metabolisma karbohidrat.

📌Riboflavin (B2) – melindungi dari kanser, mencegah migrane dan katarak.

📌Niacin (B3) – membantu menurunkan kadar kolestrol, melepaskan energi dari nutrien-nutrien, mengurangkan stress dan gangguan sendi.

📌Asid Pantothanate (B5) – membantu sistem saraf dan metabolisma, mengurangkan alergik, migrane dan kelesuan. Penting bagi aktiviti kelenjar adrenal, terutama dalam proses pembentukan hormon.

📌Pyridoxine (B6) – membantu dalam penghasilan sel darah merah, mengurangkan risiko hypertensi, asma serta PMS.

📌Biotin (B7) – penting bagi proses perlepasan energi dari karbohidrat, pembentukan kuku dan rambut.

📌Asid Folik (B9) – membantu perkembangan janin ( kekurangan boleh menyebabkan kecacatan janin), pengubatan anemia dan pembentukan hemoglobin.

📌Cobalamine (B12) – membantu merawat sistem saraf dan pembentukkan sel darah merah.

Kesemua jenis vitamin B ini mempunyai fungsi mereka yang tersendiri dan membantu anda utk mengatasi masalah stress seterusnya untuk kesihatan yang lebih. 

0179088812 utk pertanyaan & order. 

#NotaUmmuSaif 

#TofuMofuBofu

#VitaminSemulajadi

Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu, Puasa

​Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusu yang Bekerja

Assalamualaikum readers, harini Umi nak share tips berpuasa bagi ibu menyusu yang bekerjaya. 

1) Kekal hidrasi, pastikan anda minum cukup air. Setiap jam dari waktu berbuka sampai tidur, satu gelas. Bangun sahur minum segelas air setiap jam. 

2) Pilih makanan yang tinggi nutrisi semasa sahur & berbuka. 

3) Fokus kepada protein & fiber kerana ini bantu memberi anda tenaga. 

4) Sahur tak boleh tinggal. Wajib sahur dan kalau boleh lewatkan sahur.

5) Pengambilan multivitamin & mineral yang sesuai dgn tubuh masing masing. Invest sedikit wang utk kesihatan. Multivitamin & vitamin B Complex boleh bantu tukar kan makanan kepada tenaga.

6) Elakkan meminum kopi/kafein kerana ia boleh membuatkan anda rasa haus & dehidrasi. Kaffein juga mengurangkan kadar serapan vitamin & mineral.

7) Elakkan makanan yang terlalu berminyak, manis & terlalu ber santan. 

8) Kurangkan minum minuman yang manis. Minum air isotonik sihat, bukan yg bergula & bergas. Ini membantu anda kekal hidrasi.

9) Jadual pam tetap sama seperti biasa. Kalau selalu pam 3 kali, kene pam 3 kali juga waktu puasa. This is to stimulate the demand. 

10) Kalau rasa taktahan sgt, dan memudaratkan kesihatan. Boleh berbuka. Ibu menyusu & ibu mengandung ada keringanan bab ni. Anda sahaja yg boleh nilai kemampuan diri anda. Take all necessary steps & precautions untuk menghadapi Ramadan dgn jayanya. 

11) Bantuan suami sangat penting. Apa yang penting? Kerjasama! 😉

12) Berdoalah sentiasa kpd Allah supaya diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang Ramadan. 

Are you ready for Ramadan? Ramadan adalah peluang utk kita service badan kita. Peluang utk refresh the whole body!

Selamat berpuasa kepada semua ibu ibu menyusu & ibu ibu mengandung. ( I memang specialized utk ibu ibu menyusu )

Semoga Ramadan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya. 
#NotaUmmuSaif 

#Walkthejourneywithme 

#BetterRamadan