Breastfeeding

Breastfeeding & Sokongan Suami

Assalamualaikum readers,

Sedikit perkongsian pengalaman. Harap bermanfaat untuk ibu ibu dan bapa bapa baru.

Let me share ye, I know dalam ni ramai ibu ibu muda mcm umi. Bukan muda umur ye. Muda pengalaman. Ramai kawan2 umi dalam FB ni ibu anak sorang, ibu baru pertama kali hamil, yg baru kahwin. Mungkin boleh ambil yg jernih dalam cerita umi ni.

Umi dulu, memang sebelum pregnant lagi dah niat kalau Allah bagi rezeki anak, umi nk susukan dia sampai 2 tahun. Niat bukan syok sendiri ye. Umi bagitahu ayah. Supaya dia faham dan boleh bantu later on.

Dua dua baru nak masuk alam parenting. Takde pengalaman. Jadi apa yg boleh umi & ayah buat, selain ambil nasihat our parents, adalah membaca. Cari ilmu at least basics. So, umi dengan gigih print out semua notes breast feeding yg ada kt FB kak fazi & baca perlahan2. Ayah pun umi suruh baca & faham.

Jadi lepas bersalin, alhamdulillah Saif terus pandai hisap walau tak betul2 pandai lagi. Ni lah cabaran nya. Di awal2 kelahiran, ilmu ada sikit tapi takde pengalaman. Semua yg berlaku adalah pertama kali to both of us.

Dalam 2 minggu pertama tu. Umi tak betul2 sihat lagi. Demam on off. Nak bentan jugak la rasa nya. Menggigil yg tak boleh control tu. Nak terpengsan kt bilik air pun ada. Demam bengkak susu sebenarnya tapi 2 2 taktau kan. So decide g klinik. Dah cek2 jumpa doc semua.

Doc pun ckp: “Puan, saya bukan tak sokong breastfeeding, tapi dengan keadaan puan mcm ni saya cadangkan puan bagi susu alternatif dulu buat sementara. Ada banyak brand kt pasaraya, so puan boleh berehat sampai sihat, baby biar ayah bagi susu”

Camtu lah lebih kurang. Umi yg tgh emosi tak berapa nk stabil, badan lemah, mmg nak setuju dgn idea tu. Tak ingat dah keazaman yg tinggi kengkunun nk susukan anak sampai 2 tahun tu.

Otw balik dari klinik, umi tanya ayah, “kita taknak singgah kedai ke cari susu?”

Ayah jawab, “Takpelah dulu, lain kali kita cari, sian Saif kene tinggal kt rumah tu”

Pandai ayah, dia tak terus kata tak boleh. Ayah just cari alasan lain. Sebab dia tau niat umi awal2 pregnant dulu. Plus dia juga ada membaca.

Bayangkan ayah taktau apa2, mesti dah berikan Saif susu lain padahal umi ada je susu.

See, penting nya peranan suami dalam menyokong isteri. Since then, umi lupa dah idea doc tu. And sekarang baru umi nampak hikmah kenapa ayah ckp cmtu.

Ibu ibu ayah ayah membaca lah. Umi & ayah pun banyak lagi kene belajar. Bukan apa, at least bila ada benda2 yg kita tak expect berlaku, sekurang2 nya ibu ada ayah utk menyokong dia. Bukan biarkan ibu terkontang kanting sendirian.

Tapi betul ke, org kata org kita ni tak berapa nk membaca?

So, sapa baca status ni sampai habis? Cuba belanja sticker sikit.

Ps: baru balik hantar bekalan kt anakanda Aqiff ❤

Amalina Mohayidin

Mom of 1 + 4

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s