Uncategorized

Tips Balik Kampung dan Beraya!

1) Kereta – pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Tayar, break, dan semua lah. Servis dulu.

2) Rancang perjalanan. Nak gerak hari apa, pukul berapa. Cek keadaan trafik pada hari tersebut. Ikut perjalanan yang dicadangkan.

3) Rumah – Sebelum tinggalkan rumah, pastikan kepala tong gas ditutup & ditanggalkan. Barang2 elektrik dimatikan. Lampu, kipas aircond di padamkan. Kunci rumah dan maklum kan pada jiran yang anda pulang ke kampung berhari raya.

4) Bekalan vitamin, cream & ubat ubatan.

Ni penting ye. Untuk orang yang seperti saya, vitamin harian saya memang wajib bawak. Multipurpose cream Herbal Blend juga wajib. Kot2 la anak kene gigit nyamuk ke, nappy rash ke. So boleh sapu. Ubat macam panadol ke apa ke kan. (Dah bertahun tak jumpa panadol).

5) Pakaian yang cukup.

Kalau perlu bawak seterika, bawak lah. So takde berebut di pagi raya. Extension semua. Nak caj handphone. Sorang ada 3 handphones. Acanoo. Toto & bantal jika perlu.

6) Santuni adik beradik yang kurang berada. Elakkan lah cakap pasal kereta baru. Gelang baru dan apa apa lah yang berkaitan. Tapi kalau adik beradik kau jenis gebang sampai langit, tapi haprak pun takdak. Ko gebang la jugak. Jangan kalah. Ahahahaha. Gurau jerrr….

Dan satu lagi, tak payah lah nak cerita pasal politik raya raya ni. Tutup dulu cerita politik lagi lagi kalau korang ada ground yang berbeza.

7) Jaga aurat sesama ipar duai. Elakkan merokok dalam rumah. Pergi keluar sana. Dalam rumah tu mungkin ada budak budak dan anak anak kecil atau ibu mengandung.

8) Ringankan tangan untuk tolong menolong.

9) Kalau ada rezeki lebih, belikan kan lah barang dapur sikit.

10) dan akhir sekali, berdoa semoga dimudahkan segala urusan. Nak balik tu, jangan ko tinggalkan spender bergulung. Baju baju kotor kat rumah mak ko. Kita balik raya nak erat kan silaturrahim dan ziarah ibu dan ayah bukan tinggal beban kat diorang.

Okay? Semoga perjalanan korang selamat sampai dan selamat kembali. Semoga Raya kalini lebih bermakna untuk semua.

#NotaUmmuSaif
#TipsBeraya

Advertisements
Uncategorized

Cadangan Rutin Harian Ibu Berpantang

7 pagi – 7.30 pagi

Suami tolong sediakan air mandi. Mandi air rebusan daun daun atau herba, terpulang lah. Mandi air rebusan suam. Pastu bilas lah dengan air biasa yang suam juga. Nak mandi air rebusan hari hari atau seminggu dua je. Terpulang. Yang penting mandi. Kena jaga kebersihan. At the same time, ayah boleh mandikan baby. Kalau nak tahu, masa Saif dulu, Umi tak pernah mandikan Saif sampai Saif pandai duduk. Selalu ayah dan nenek je mandikan. Ahaha. Mak seraaammm nakkk.

7.30 pagi – 8.00 pagi

Selesai mandi, makan sarapan yang sesuai. Nak menyusu anak kena makan makanan yang berkhasiat lah. Selalu nya Ayah buatkan ESP & makan la roti ke biskut ke sikit. Tak lupa rutin makan vitamin untuk penyembuhan yang lebih cepat dan tenaga berpanjangan.

8.00 pagi – 10.00 pagi

Selesai bersarapan, boleh lah bertungku. Tempoh bertungku tak menentu sebab breastfeeding on demand kan. So, kalau baby masih tidur boleh lah tungku. Atau kenyang kan dia siap siap then baru bertungku. Saya pakai tungku batu sungai tu. Memang besssttt. Lepas tu pakai bengkung. Last time pakai bengkung yang tali panjang tu. Best memang best. Tapi susah kalau nak pergi toilet. So this time, Umi beli Bengkung Opah. Lebih mudah.

10.0p pagi – 12.00 tengah hari

Kalau baby tidur waktu ni boleh lah berehat. Kalau baby jaga then menyusu je lah kerja dia kann.

12.tengah hari – 2.00 petang

Boleh la makan tengah hari. Biasanya waktu ini memang perut dah lapar. Selalu ayah dah siap masakkan lauk Umi, so nenek tinggal panas kan aje. Makan sampai kenyang. Vitamin jangan lupa!

2.00 petang – 5.45 petang

Masa ni takde buat apa sangat. Layan anak menyusu je. Surely lepas ni untuk anak kedua ni, rasa nya sibuk sikitlah kene layan abg Saif lagi yang potpet potpet tu. Hihi

Dalam jam 5 petang, bolehlah mandikan baby dan siap-siapkan baby dengan pakaian tidur. Lepas siap mandi, rutin biasa bersambung iaitu bf.

5.45 petang – 8.30 malam

Ayah dah balik. Fuh, lega. Umi boleh mandi petang ala kadar. Lepas tu boleh lah sambung bertungku. Boleh lah rehat sambil bertungku. Lepas bertungku, lepas Maghrib, boleh lah makan malam. Makan nasi dan lauk pantang. Ayah la selalu masak kan. Sup lobak putih la. Daging black pepper la. Macam2. Meriah orang pantang ni makan. Haha

8.30 malam ke atas

Boleh pakai bengkung dan siap siap untuk tidur. Takde lah tidur sangat pun. Mesti juga berjaga sebab baby mintk susu. Hehe.

Macam tu lah rutin nya. Tipikal rutin. Kalau kene pergi klinik, then lari sikit la rutin. Minggu pertama dan kedua selalu nya ada tukang urut datang urut. Dan bila nak habis pantang ada mengurut tutup pantang juga

Macam tu lah sedikit sebanyak. Lain orang lain rutin. Tp boleh la dijadikan panduan untuk mak mak yang pertama kali.

Ps: Gambar Bengkung Opah baru sampai. Nak cuba bengkung ni pulak. Hari hari duk tunggu parcel. Bukan parcel raya tapi parcel nak sambut ahli baru, InsyaAllah.

#SHARE jika bermanfaat.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
#ProjekSusu
#UmiUlangKaji

Uncategorized

Tips Persediaan Melahirkan.

1- Bajet melahirkan.

Nak bersalin pun kene ada bajet tau. Kene ambil kira kos hospital, kos barang barang bayi & ibu. Kos makanan berpantang. Kos supplement semasa berpantang. Kos urut dan sebagainya.

2- Lokasi hospital bersalin

Kalau boleh pilih yang dekat. Senang kalau ada emergency & senang suami nak ulang alik. Kalau boleh pilih hospital rakan bayi juga.

3- Kelas antenatal.

Kalau boleh, hadir ke kelas-kelas antenatal. Selalu nya hospital ada sediakan. Boleh ajak suami hadir sekali. Umi tak sempat nak pergi kelas. Tapi sempat buat few classes on breastfeeding untuk ibu ibu! Hee

4- Belajar tentang penyusuan susu ibu

Ni sangat penting kalau nak berjaya menyusu kan anak. Niat saja tak cukup. Kene ada ilmu. Kalau ada masalah menyusukan anak semasa waktu berpantang, cepat cepat minta bantuan. Sekarang ni dah ramai PC & LC yang boleh bantu & buat homevisit. Boleh layari http://www.permatasusuan.com
Boleh juga join suport group yang ada kat alam maya ni. Contoh nya @Projek Susu , #bfmembers & etc.

5- Ketahui risiko risiko lain.

Sebagai contoh, risiko kene emergency ceasarean ke. Risiko GDM ke, risiko baby jaundice and need to be admitted or others. Yang penting jaga kesihatan dan pemakanan semasa mengandung.

6- Kelengkapan ibu dan bayi

Sediakan barang yang perlu dibawa ke hospital. Tak perlu bawa satu almari ye. Cukup lah persalinan untuk 1-2 hari di hospital. Yang paling penting kad pengenalan & buku antenatal.

7- Set Berpantang untuk kesihatan.

Ni sangat penting. Untuk kesihatan dan proses pemulihan yang cepat wajib ambil vitamin. Anak pertama boleh la dilayan macam princess. Bila nak masuk dua, Bcomplex paling penting untuk elak stress melampau. B6 dalam Bcomplex membantu ibu untuk lebih tenang. Yelah, nak jaga baby lagi nak beri perhatian kat abg dia lagi kan? Belum cite pasal luka kena jahit, hilang darah yang banyak & etc.

8- Rehat yang cukup & emosi tenang.

Yes. Dah masuk trimester ketiga ni. 33 weeks++ memang cepat penat. Tak larat dah nak bawak perut. So, kene banyak berehat.

9- Doa & berzikir.

Lagi lagi bulan Ramadan ni. 10 terakhir pulak tu. Rebut lah peluang berdoa supaya dimudahkan urusan melahirkan dan berpantang.

10- Ketahui tanda tanda kelahiran

Lain orang, lain kehamilan, lain tanda nya. Kalau Saif dulu tanda nya brownish spots & sakit contraction. Sampai hospital dah ada bukaan 2cm. Orang lain mungkin pecah ketuban ke. So study tanda tanda ni. Bila ada tanda tanda ni, terus ke hospital okay?

Itu sajalah perkongsian harini, harap bermanfaat untuk ibu ibu yang sedang hamil, bakal hamil & tengah tunggu masa tu.

Semoga dimudahkan ok! Doakan Umi Saif. Hehe.

Ps: Gambar Saif masa baby, Umi pinjam ye. Muka biru terbelit tali pusat.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
#ProjekSusu

Uncategorized

Ramadan: Are you ready?

Are you ready?

Assalamualaikum. Apa khabar semuaaaa.

Dah habis ganti puasa?

I still remember last year, Umi kene ganti puasa 21 hari and at the same time menyusukan Saif. (2016 berpantang dalam bulan puasa)

Sangat mencabar. Sebab kerja Umi memerlukan penggunaan tenaga & suara.

Pumping session macam biasa every 3 hours. Dan dia punya dahaga tu Allah je tahu.

Alhamdulilah managed to ganti and sambung puasa Ramadan after that. Supply susu pun maintain je dan kadang kadang berlebih juga.

Syukur Allah mudahkan bila kita berusaha bersungguh sungguh untuk memenuhi keperluan anak.

Nak tahu tips bagaimana Umi boleh berpuasa dan menyusukan anak (termasuk anak anak susuan)?

Stay tune!

Ps: this year would be my 1st experience, pregnant & breastfeeding during Ramadan.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
#ProjekSusu

Uncategorized

Sayu Hati

Semalam ayah kelas. So dalam pukul 12 malam baru sampai rumah macam tu.

Saif pun dah tidur. Dia punya cranky sebab mengantuk tu. Sabar je lah. Mintak aikim malam malam. Umi tak larat nak layan.

Mujur nenek ada tidur kan Saif. Memang malam malam ayah yang tidurkan dia. So malam yang ayah takde memang dia susah nak tidur.

Baru sorang anak. Belum ada 2 3 4 5 6. Bekerja, belajar. Housechores. Pregnant. Workload.

Boleh bayangkan hectic nya jadi ibu & ayah ni. Umi mujur ada ayah atok nenek yang banyak membantu.

Kalau yang PJJ, urus anak sendirian.

Kadang kadang boleh jadi mental block. Pernah tak mental blocked?

Kau dah penat sangat dengan kerja. Badan penat otak penat. Benda yang rutin pun boleh jadi lupa.

L.U.P.A

Pernah few times. Dulu kerja macam orang gila tau. 7 days a week, more than 12 hours hari hari. Kerja kejar dateline.

Tertinggal purse atas bumbung kereta. Tinggal kereta pintu tak terbukak or tingkap terbukak. Atau ko lupa langsung parking kt mana.

Ya Allah. Loser gila rasa. Bujang time tu. So tertinggal anak tu tak mungkin lah kan.

Yang kes semalam tu. Mom left her daughter in a car. I belived that the mom memang exhausted. And semalam adalah perkara diluar rutin dia.

My heart goes to the mother & the family. Takde seorang ibu pun yang nak benda tu terjadi.

So, do not JUDGE. Doakan yang terbaik. The mom forsure cannot forgive herself and will feel the pain forever.

Ramai sangat hakim kat FB ni. Instead of cakap benda bukan bukan. Titipkan lah doa. Siapa kita nak tolak takdir & terus menyalahkan.

This might be a wake up call to us, all parents, to take the precautionary actions regarding this.

Please stop judging.

Ps: Menitik air mata baca news ni.

#NotaUmmuSaif
#ProjekSusu

Breastfeeding, hamil, Penyusuan Susu Ibu, PenyusuanSusuIbu, pregnancy, Uncategorized

Hamil & Menyusu: Cinta Seorang Umi

Assalamulaikum semua. Lama tak update blog ni.

Alhamdulillah syukur.

Dah masuk minggu ke 21 of the pregnancy. Another half way to go. Semoga selamat hingga sampai waktu nya.

Setelah 4 bulan berpencen mengepam & mengumpul stok, rindu pulak nak rushing rushing pam susu. Bawak segala barang berperang ke mana sahaja.

Rindu nak kalut kalut tertinggal valve. Jadi Mc Gyver improvise apa yang ada janji pam boleh berfungsi dengan baik.

Umi ada lagi 20 minggu utk menikmati kehamilan sambil menyusukan Saif. Nanti adik baby dah keluar, abg Saif kene share la susu. Hihi.

So ada tak mommies yang sedang mengandung anak pertama? Apa persediaan mommies untuk menyusukan anak?

Dah penuhi ilmu didada dah? Hehe

Apa pun kembali balik kepada niat asal kita kenapa ingin menyusu kan anak. Sekurang kurang nya 6 bulan pertama sehingga 2 tahun.

Selain untuk perkembangan kesihatan dan minda anak anak.

Menyusukan anak juga adalah tanggungjawab ibu dan ayah.

Seperti dalam Surah Al Baqarah, “Para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu”

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya”

– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Selain itu, tarbiatul aulad itu sendiri bermula dari penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu bukan sahaja untuk membekal nutrisi lengkap dan antibodi kepada anak, tetapi ia juga adalah keperluan emosi dan kasih sayang.

Penuhilah hak anak yang satu ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang.

Dari sudut kesihatan, anak yang menyusui susu ibu mempunyai antibodi yang lebih baik. Ketahuilah, 2 tahun pertama kehidupan mereka adalah sangat penting.

Tumbesaran mental & fizikal perkembang pesat pada waktu ini. Jadi adalah penting untuk memastikan anak sentiasa sihat untuk perkembangan yg baik.

Jadi, betul kan niat, pasak kan cita cita dan usahalah sehabis mungkin untuk memberikan yg terbaik utk anak.

Jangan cepat mengalah. Kalau rasa dah usaha sehabis daya. Dah jumpa pakar. Tapi masih belum mampu memenuhi demand anak. Tak salah pun carikan ibu susuan untuk anak.

Dalam ayat yang sama juga (Surah Al-Baqarah, ayat 233), Allah berfirman, maksudnya:

“Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”

“Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”

– Surah At-Thalaq, Ayat 6

Nak buat sesuatu biar dengan ilmu. Belajar dan terus belajar. Bukan dengar dengar cakap orang je.

So, Projek Susu ada organize kelas antenatal & penyusuan susu ibu. Ye, ni wadah perjuangan saya. Melalui Projek Susu.

Disini saya salurkan ilmu & skills saya. Tak kisah lah anda dari saluran yang mana. Saya pasti matlamat kita sama. (Pejuang susu ibu)

Jadi, saya seru ibu ibu & ayah ayah untuk sertai bengkel kami.

Memang melahirkan & menyusukan itu fitrah. Tapi sejauh mana kita faham fitrah tersebut?

Haruslah dengan belajar & menuntut ilmu.

Semakin kita belajar. Semakin banyak yang kita tak tahu.

Ni link untuk register bengkel.
https://goo.gl/forms/gEhvo6vCDBuZPhPK2

See you there!

Ps; Gambar kenangan. Zaman kegemilangan. Jadi ibu bekerjaya, berbisnes & mengepam.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
#ProjekSusu

Uncategorized

RELAKTASI

“Puan, saya pernah menyusu anak masa dalam pantang. After masuk kerja saya bagi FM susu pun mula kering. Kalau saya nak menyusu anak saya balik boleh ke?”

“Boleh puan. Ibu yang tak pernah hamil pun boleh menyusu kan dengan cara induced lactation, saya yakin puan pun boleh. Cuma kene kuat semangat dan tak mudah putus asa.”

Proses ini dipanggil sebagai proses ‘RELAKTASI’.

Untuk menghantar signal ke otak bahawa susu perlu dihasilkan, apa yang ibu boleh buat adalah dengan mula mengepam secara konsisten.

Pam sebanyak 2-3 jam sekali setiap hari termasuk pada waktu malam. Ia menjadikan sehari dalam 8 hingga 12 kali sehari. Pam selama 20 – 30 mins untuk kedua2x belah payudara. Jika berkemampuan, boleh gunakan double pump sebab ia boleh menghasilkan stimulasi secara serentak untuk hasil yang lebih baik dan juga menjimatkan masa anda.

Jika bayi anda mahu menyusu secara direct, susukan lah bayi anda sekerap mungkin 10 – 12 kali sehari selama mungkin kedua-dua belah payudara untuk ransangan payudara.

Jika bayi menyusu tidak lama di payudara, anda boleh cuba untuk bantu ransang demand dengan cara pam selepas sesi penyusuan. Penting diingatkan, ia hanya untuk ransang demand, kerana praktis ini mampu memberikan stimulasi kepada otak bahawa jumlah susu yang dihasilkan sekarang adalah tidak mencukupi. Jadi lebih banyak susu diperlukan.

Ibu juga boleh guna alat bantuan menyusu seperti Supplementary Nursing System (SNS) untuk merangsang susu di payudara dan menggalak bayi hisap dipayudara. (Refer gambar) Boleh letak susu formula atau susu ibu perahan.

Boleh ambil ubatan seperti dompridome dan sebagainya (sila rujuk kaunselor laktasi bertauliah)

Di ulang – sila rujuk kaunselor laktasi bertauliah.

Ada juga ibu yang berjaya tanpa pengambilan ubat, depends. Yang penting, pastikan praktis secara teknikal mestilah betul.

Ibu juga boleh mengambil makanan penggalak susu (galactagogue) seperti halba, alfalfa, longan atau apa apa sahaja yang bersesuaian dan selamat juga adalah salah satu cara untuk membantu memudahkan perjalanan penyusuan ibu disamping membekalkan ibu tenaga dan nutrisi yang cukup.

Pastikan ibu makan seimbang, pengambilan protein yang cukup, minum air secukupnya serta mendapat rehat dengan baik.

Sentiasa positif dan yakin dengan kebolehan diri ibu sendiri.

Dapatkan sokongan suami dan keluarga.

#NotaUmmuSaif
#ProjekSusu
#BermulaDariKehamilan

Uncategorized

Keperluan protein untuk ibu menyusu

Assalamualaikum semua.

Wanita menyusu memerlukan protein lebih daripada wanita yang tidak menyusu.

Ibu perlu protein yang cukup untuk keperluan aktiviti harian, dan juga untuk mengekalkan tenaga dalam proses penghasilan susu badan.

Ia juga penting untuk keperluan bayi yang disusuinya.

Jadi, ibu yang menyusu memerlukan kalori, protein dan nutrisi lain yang cukup untuk diri sendiri dan juga untuk penghasilan susu.

Wanita menyusu memerlukan 71g protein sehari iaitu 35% melebihi keperluan wanita-wanita lain.

Namun, tidak semua ibu menyusu memerlukan jumlah protein yang sama, bergantung kepada umur, berat, aktiviti harian dan masalah kesihatan. (Boleh refer Doktor)

Perlu ke makanan tambahan protein?

Secara umumnya semua wanita, sama ada mengandung atau tidak, menyusui atau tidak cenderung kepada kekurangan protein dalam diet harian.

Jadi, sepatutnya setiap individu perlu mendapatkan makanan tambahan protein yang mempunyai rangkaian asid amino lengkap.

Asid amino lengkap sangat penting untuk kesihatan yang menyeluruh.

Secara logik nya, keperluan protein makin meningkat bagi ibu yang menyusu, maka wajarlah untuk mendapatkan makanan tambahan protein untuk melengkapkan keperluan protein tersebut.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
#ProjekSusu

Breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu, PenyusuanSusuIbu, Uncategorized

10 TIPS PENTING TENTANG PENYUSUAN BUAT IBU PERTAMA KALI (1ST TIME MOM)

Assalamualaikum Salam Sejahtera, Salam Penyusuan Susu Ibu.

Pertama kali nya, elak jadikan ‘ibu pertama kali’ sebagai alasan untuk tidak terus berjuang dan cepat mengalah.

“Do it right at the 1st time”. Tetapi harus diingat, proses menyusukan itu walau nampak mudah & semula jadi, ia ada cabaran yg tersendiri. Ikuti tips ini sebagai salah satu usaha untuk berjaya dalam penyusuan sekurang kurang nya 6 bulan pertama kehidupan bayi anda.

1. BERSALIN DIHOSPITAL RAKAN BAYI

Bersalin di hospital rakan bayi. Diorg memang akan galakkan ibu menyusu badan. Selepas melahirkan bayi akan diberi kepada ibu untuk menyusu. Jika anda bercadang untuk bersalin di hospital kerajaan, insyaAllah semua hospital kerajaan adalah hospital rakan bayi. Kalau bersalin di hospital swasta yang bukan rakan bayi, inform doctor & nurse anda yang anda nak breastfeed anak anda.

2. MANFAATKAN ‘SKIN-TO-SKIN CONTACT’

Sejam pertama kelahiran adalah waktu yang paling crucial. Rooting reflex pada waktu ini sangat tinggi dimana bayi bila diletakkan di dada ibu, dia pandai mencari areola ibu & hisap susu! That moment was priceless. I still remember the nurse came to me with the baby & put Saif on my chest. Dan Saif pandai hisap! I said, “pandainya dia hisap!” Sebelum cepat cepat nurse bawak pergi oksigen. Kajian menunjukkan, tindakan ini dapat menyumbang kepada kejayaan untuk menyusu badan! Jadi jangan sia sia kan waktu ini mommies! Berdoa kepada Allah supaya kelahiran anda mudah & selamat.

3. EKSPERIMEN POSISI PALING SELESA

Pada beberapa hari pertama, mommies tak perlu risau jika susu belum begitu banyak kerana waktu ini adalah fasa susu kolustrum. We called it as ‘titisan emas’ sebab khasiat nya yang menakjubkan. Penuh dengan khasiat & imuniti. Jangan sia sia kan titisan emas ni. Teruskan penyusuan dengan posisi yang paling selesa. Walaupun akan berasa kekok, usaha lah untuk latching on dengan betul & merasa selesa. Latching yang betul adalah tidak sakit. If anda rasa sakit, means latching tak betul atau ada masalah pada lidah anak. Tolong cek.

4. PAKAI PAKAIAN SELESA

Untuk mendapatkan keadaan yang selesa, pakai lah baju yang selesa. Apabila ibu & bayi selesa, insyaAllah penyusuan akan lebih tenang & menyeronokkan! Bra menyusu sangat penting!

5. ELAKKAN BREAST BENGKAK

Breast bengkak penuh susu kalau tidak dikeluarkan akan menyebab ibu rasa tidak sihat. Lebih teruk jika ia menjadi ‘mastitis’. Jadi, pastikan bayi anda latch on dengan betul, menyusu effectively & so that susu tak terkumpul terlalu lama. Especially ketika masih berpantang, 2 minggu pertama kelahiran, susu akan melimpah ruah walau takde permintaan. Jadi pastikan anda keluarkan dulu susu sedikit, and then baru bagi bayi menyusu. So, bayi akan dapat both foremilk & hindmilk. Jika berlaku clogged duct atau puting tersumbat, pam & urut sehingga tak tersumbat. Kalau tersumbat lagi, meh PM UMI, umi ajar cara paling effective. Tak boleh tulis kt sini. He he he.

6. PUTING MELECET

Yang ni semua orang akan rasa kalau lekapan menyusu bayi anda salah. Ataupun kene gigit dengan anak yang dah tumbuh gigi. Teruskan sahaja penyusuan dengan lekapan yang betul. Kalau sakit sangat, boleh pam & bagi anak susu perahan. Sapu cream & boleh cuba direct feeding guna breast shield. Umi dah rasa, sakit oiiiiii! Menjejes air mata.

7. KENAL PASTI TANDA BAYI LAPAR.

Cuba kenal pasti tanda bayi lapar supaya anda dapat menyusu dengan tenang. Pastikan beri susu sebelum bayi menangis mengamuk. Bila dia dah start meragam macam tu, lagi susah lah untuk latch on dengan baik. Ibu pun stress anak taknak menyusu, pastu mula lah duk fikir susu dia tak cukup. Bahaya ya fikiran ini. Fikir tak cukup susu, bayi taknak direct, demand takde. Lama kelamaan susu pun merajuk!

8. PENGENALAN BOTOL SUSU

Untuk mengelakkan anak anda keliru puting, elakkan dari memperkenalkan bayi anda dengan botol susu especially di awal awal kelahiran. Kalau tak boleh direct latch, bagi susu perahan menggunakan cup atau sudu. Pengenalan botol susu awal awal boleh menyebabkan anak anda keliru puting ibu. Bila anak taknak direct, mula lah ibu sedih. Sobs. Sobs. Ketika dalam pantang, fokus sahaja direct feeding!

9. FIKIRAN POSITIF & DOA

Berfikir la yang positif sahaja. Doa kepada Allah supaya Dia mudahkan niat murni mommies. InsyaAllah.

10. SOKONGAN SUAMI & KELUARGA

Sebelum bersalin zikir kan di telinga suami. ‘Saya nak menyusu badan anak dalam perut ni, abang study sama sama ye?’ Bagitahu ibu & ibu mertua yang anda nak menyusu susu ibu kepada anak anda. InsyaAllah mereka akan sokong 100%

Malyn,
Rakan Pembimbing Penyusuan Anda.

http://www.wasap.my/+60179088812 untuk homevisit & pertanyaan tentang penyusuan susu ibu.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme

Uncategorized

Tips Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Saya ni ibu bekerja? Boleh ke nak menyusu sampai 2 tahun?

Bolehhhh. Siapa kata tak boleh? Kalau ibu ibu faham basic penyusuan & membaca tentang penyusuan ibu bekerjaya, ibu ibu pasti boleh.

Ni Umi senaraikan tips penyusuan bagi ibu bekerjaya.

Pertama sekali yang ibu perlu ada adalah, hati yang kental. Kalau hati tak kental, ibu akan rasa susah. Niat & matlamat memainkan peranan penting.

Kedua, adalah ilmu. Masa mengandung lagi Umi tekankan kena study. Tak faham tanya kawan2 yg ada pengalaman. Kene faham tentang jadual pam, cara penyimpanan EBM, jangka hayat EBM & pelbagai lagi.

Ketiga, invest sedikit duit untuk pam dan segala alatan perang, seperti bottle storage, cooler bag, ice pack, plastic storage bag etc etc. Kalau perlu, sediakan kemudahan utk pam di work station seperti freemie cup.

Keempat, sokongan suami. Bahagi kan tugas tugas supaya ibu tak rasa lelah nak handle semua sendirian. Sebagai contoh, Umi pam, ayah basuh corong pam, semua botol susu & transfer susu pergi deep freezer. hehe

Kelima, makan makanan berkhasiat. Waktu makan kene makan. Water intake pun kene jaga. Kalau rasa gigi dah longgar, sila amik kalsium! Tak payah nak acah2 tanpa supplement sangat. Susu pun tak minum! (Umi lettewww…hiks) Supplemen dah jatuh tahap keperluan dah zaman sekarang ni. Ada keluar paper haritu Doctor2 berdiskusi.

Keenam, sentiasa lah berdoa kepada Allah, supaya Allah mudahkan urusan kita untuk menyusukan anak. Moga moga besar ganjaran nya disisi Allah S.W.T.

Ada sesiapa nak tambah?

Umi alu alu kan cadangan & tambahan tips tips lain. Mungkin ada yg Umi terlepas pandang.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
#TofuMofuBofu