Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu, Puasa

​Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusu yang Bekerja

Assalamualaikum readers, harini Umi nak share tips berpuasa bagi ibu menyusu yang bekerjaya. 

1) Kekal hidrasi, pastikan anda minum cukup air. Setiap jam dari waktu berbuka sampai tidur, satu gelas. Bangun sahur minum segelas air setiap jam. 

2) Pilih makanan yang tinggi nutrisi semasa sahur & berbuka. 

3) Fokus kepada protein & fiber kerana ini bantu memberi anda tenaga. 

4) Sahur tak boleh tinggal. Wajib sahur dan kalau boleh lewatkan sahur.

5) Pengambilan multivitamin & mineral yang sesuai dgn tubuh masing masing. Invest sedikit wang utk kesihatan. Multivitamin & vitamin B Complex boleh bantu tukar kan makanan kepada tenaga.

6) Elakkan meminum kopi/kafein kerana ia boleh membuatkan anda rasa haus & dehidrasi. Kaffein juga mengurangkan kadar serapan vitamin & mineral.

7) Elakkan makanan yang terlalu berminyak, manis & terlalu ber santan. 

8) Kurangkan minum minuman yang manis. Minum air isotonik sihat, bukan yg bergula & bergas. Ini membantu anda kekal hidrasi.

9) Jadual pam tetap sama seperti biasa. Kalau selalu pam 3 kali, kene pam 3 kali juga waktu puasa. This is to stimulate the demand. 

10) Kalau rasa taktahan sgt, dan memudaratkan kesihatan. Boleh berbuka. Ibu menyusu & ibu mengandung ada keringanan bab ni. Anda sahaja yg boleh nilai kemampuan diri anda. Take all necessary steps & precautions untuk menghadapi Ramadan dgn jayanya. 

11) Bantuan suami sangat penting. Apa yang penting? Kerjasama! 😉

12) Berdoalah sentiasa kpd Allah supaya diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang Ramadan. 

Are you ready for Ramadan? Ramadan adalah peluang utk kita service badan kita. Peluang utk refresh the whole body!

Selamat berpuasa kepada semua ibu ibu menyusu & ibu ibu mengandung. ( I memang specialized utk ibu ibu menyusu )

Semoga Ramadan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya. 
#NotaUmmuSaif 

#Walkthejourneywithme 

#BetterRamadan

Advertisements