Uncategorized

Minyak Ikan & Omega 3

Siapa kat sini ada consume Fish Oil? Fish Oil sangat penting utk kesihatan. Dr. Hamid Arsyat di dalam postings beliau ada berpesan supaya ambil supplement utk kesihatan. Antara nya adalah Fish Oil. 

Dalam Fish Oil ada Omega 3. Apa Omega 3 ni? Jom berkenalan dulu dengan Omega-3

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA adalah untuk:

❗Mencegah kanser

❗Mencegah pembekuan darah

❗Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan

❗Baik untuk pesakit jantung

❗Menghindar tekanan perasaan

❗Mencegah penyakit darah tinggi                

Manakala tugas DHA pula adalah untuk:

❗Mencegah asma

❗Meningkatkan daya seksual

❗Mencegah sakit kulit

❗Mengelakkan kanser payu dara

❗Mengelak kanser prostat

❗Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan

❗Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Sangat banyak kebaikan Omega 3 pada kesihatan & kesejahteraan hidup kita.
#CelikNutrisi

#Healthiswealth

Uncategorized

KEPERLUAN AIR DALAM TUBUH DAN MANFAAT NYA

Assalamualaikum readers, harini Umi nak share tentang Manfaat Air. Ibu menyusu lagilah sangat perlu air. Air kene cukup.

Orang dewasa biasanya memerlukan 8-12 gelas air sehari. Iaitu bersamaan dengan 2-3 liter sehari. Selain penghilang dahaga, air dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan cara mudah dan murah. Berikut merupakan beberapa manfaat yang akan diperoleh melalui pengambilan air yg cukup.
1. Melancarkan sistem pencernaan
Air yg cukup setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan dan menghindari masalah sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien. Juga membantu melambatkan tumbuhnya zat-zat penyebab kanser serta mencegah penyakit batu karang pada ginjal dan hati.
2. Perawatan Kecantikan
Apabila kurang minum air kosong, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga menjadi kering dan berkedut. Air kosong juga dapat melindungi kulit dari luar, sekali gus melembabkan dan menyihatkan kulit.
3. Kesuburan
Pengambilan air yg cukup akan meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Menurut kajian, jika seseorang mandi dengan air sejuk, maka peredaran darahnya akan lancar dan tubuh terasa lebih segar bugar. Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan produksi sel darah putih dan kemampuan seseorg terhadap serangan virus. Bahkan, mandi dengan air sejuk pada waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron dan estrogen pada wanita. Sekali gus kesuburan serta daya seksual pun akan meningkat.
4. Sebagai ubat strok
Air panas bukan hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit tapi juga berkesan untuk mengubati lumpuh yang disebabkan oleh strok. Hal ini kerana air dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan. Kesan panas itu menyebabkan pelebaran pembuluh darah, meningkatkan peredaran darah serta mencegah kekejangan otot, menghilangkan rasa sakit serta menenangkan fikiran. Kandungan ion-ion dalam air panas seperti magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat membantu pelebaran pembuluh darah dan memudahkan peredaran darah, Selain itu, pH dalam air mampu mensterilkan kulit.
5. Kesan Relaks
Cubalah berdiri dibawah pancuran air dan rasakan kesan nya pada tubuh. Curahan air yg jatuh ke tubuh terasa seperti urutan dan mampu menghilangkan rasa letih. Bukan itu sahaja ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air panas bersuhu sekitar 37 darjah celcius. Jika kaki terasa lenguh, kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air panas yg dicamput sedikit garam
6. Menguruskan badan
Air kosong juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran didalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin menguruskan badan, minum air panas sebelum makan merupakan satu cara untuk mengurangkan jumlah makanan yg diambil. Tambahan pula air tidak mengandungi kalori, gula atau lemak. Namun yg terbaik adalah minum air kosong pada suhu sederhana , tidak telalu panas dan tidak terlalu sejuk.
Sumber:
Buku bertajuk, ‘ALLAH Doktorku; Wahyu Ubat Penyakitku’ – Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi
#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme
Uncategorized

SUSU IBU : ALLAH BAGI IKUT KEPERLUAN

Assalamualaikum readers,

​Allah bagi mengikut keperluan. Mindset ibu sangat penting. 

Kalau demand anak cukup, kenapa perlu risau tak cukup? Kesana sini cari sesuatu supaya jadi “banyak”. Bila dah try makan itu ini, tak jadi pun. Kecewa. Bila frust ni memang hari dia dikelilingi negativity. Oxytocin pun segan segan.

Bila menjadi, dan banyak (melebihi demand anak), pening nak cari tempat nak simpan. Deep freezer paling murah, koman2 RM400++. Lain la anda memang berniat nak membantu anak anak lain yg memerlukan. Jangka hayat EBM dalam deep freezer paling lama 6 bulan. Bukan 2 tahun. 

Yes. Saya mengaku saya sendiri ada niat ni. Ada rezeki lebih, nak kongsi dgn yg memerlukan. Memang saya berkongsi dgn 4 org anak susuan. So that, deep freezer saya sentiasa ada bekalan utk anak anak walaupun tak penuh. Sebab kalau penuh nanti Umi risau. Takkan nak mintak ayah belikan lagi peti. Hihi. 
Jadi, kalau demand anak cukup, tak perlu la ibu risau tak cukup. Kita adalah apa yg kita fikirkan. Fikir yang baik baik sahaja sudah lah ibu. Tak perlu fikir benda yg tidak tidak. 
Be positive. We are what we think. 
Semalam bukak deep freezer, tgk tak bergerak pun stok. Sebab Saif mmg minum chilled je. Sekali petang semalam, ibu mesej, anakanda Aqiff nak bekalan susu. Alhamdulillahh, happy Umi bila stok bergerak. Hihi. 
Malam esok Umi hantar ok?

Ps: sama juga macam berniaga, fikir yg positif2 sahaja.  Jgn fikir benda yg tidak tidak. Ni post iklan pun belum, dah fikir takde org beli. Deyyyy. Post dulu baru tahu. Allah nampak usaha kita. Yakin je!

#NotaUmmuSaif

Uncategorized

MasyaAllah, hebat nya Susu Ibu!

Assalamualaikum readers,

​Teringat kelas weekend lepas. 

Pakar Laktasi dan juga seorang pakar kanak kanak ada bagitahu, “Susu ibu ni bukan sekadar susu, tapi kasih sayang, cinta, akhlak, positivity, nutrient, keperluan emosi seorang anak dari seorang ibu” 

Sebab tu, kalau ada masalah laktasi, tolong cari solusi. Boleh consult dengan pakar pakar yang ada. Kita ada “Breastfeeding Peer Counsellor”, “Certified Lactation Counsellor”, “Lactation Specialist” & support group yang banyak, kt Klinik Kesihatan pun ada. 

Meantime, boleh cari ibu susuan utk topup susu sementara mencari solusi. Ibu susuan pun pilih lah yg sihat tubuh badan, molek akhlak nya. Sebab susu tu bukan sekadar susu!

Ibu kene usaha cari sampai tahap ni. Sebelum decide utk FM. Saya seriousy bukan anti-FM. Tapi usaha ibu tu kt takat mana kalau betul nak susu kan anak dgn susu sendiri. 

Susu ibu tiada khasiat? MasyaAllah. Susu ibu itu dicipta oleh Pencipta Manusia & Alam Semesta. Hebat nya ciptaan Allah.

Dalam kelas baru ni pun ada slot, “Pemakanan Ibu Menyusu”. Penceramah tekan kan penting nya makan makanan berkhasiat dan cukup nutrien. Dia sebut kene cukup kalsium, vitamin A, iron, mineral, omega, epa, dha, kolina. Macam macam lagi. Ibu ibu kene jaga kesihatan & jaga makan. Make sure nutrient in take cukup. Kalau rasa tak mampu jaga makan, ambil lah vitamin. 

Saya anak baru seorang? Tak layak pun nak cakap macam ni?

Saya sampaikan aje. Usaha pergi kelas sebab nak belajar & share dengan kawan2. 

Semoga ada manfaatnya.

Ps: ada je doktor yg tak sokong breastfeeding ni. Jangan terkejut. 

#NotaUmmuSaif

Uncategorized

Welcome everyone!

Assalamulaikum semua! 

Tertubuhnya website ini adalah untuk menulis info-info berkaitan penyusuan susu ibu & fakta-fakta yang perlu diketahui oleh ibu-ibu bahawa mereka semua mampu untuk menyusukan. Hentikan mitos-mitos atau kefahaman yang salah jika anda ingin berjaya. Sokongan yang berterusan dari suami & ahli keluarga adalah sangat penting.  

Marilah ibu-ibu semua bersama-sama saya untuk menjayakan misi yang penuh mencabar ini. 

Sesungguhnya susu ibu adalah yang terbaik untuk setiap anak. Mereka berhak mendapatkan susu ibu didalam dua tahun pertama kehidupan mereka. 

Salam Sayang,

Amalina Mohayidin

#NotaUmmuSaif

post