Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu

MOTIVASI UNTUK IBU MENYUSU

Assalamualaikum readers,

Ibu ibu menyusu semua, pernah tak ada satu masa tu, ibu ibu rasa nak ‘give up’ utk menyusukan anak? Especially ibu bekerja. Pernah tak rasa malas nya nak pam, nak rehat dari pam kt office, tak nak dah terkejar-kejar masa. Takpun rasa penat sangat sangat. Bayangkan, hari hari itulah rutin nya sepanjang 2 tahun. 

Umi pun pernah je macam tu. Kadang- kadang rasa macam malas sangat, takpun rasa penat sangat nak mengepam. Bayangkan dah lalui rutin ni nak dekat setahun. Ada setahun lagi Umi nak kene komit. Umi siap mesej ayah tanya boleh tak nak cuti pam harini.

Meh nak cerita 1 kisah yang pasti akan membuatkan motivasi ibu ibu kembali bersemangat dan bersyukur dengan peluang dan ruang yang Allah beri utk menyusukan anak. Umi pasti ibu ibu tak jadi untuk senang senang “give up”. Kisah ini jugak memberi motivasi kpd Umi utk terus berjuang. Tak jadi nak mengeluh.

Kisah ini Umi baca di wall kak Nad Masrom, founder FEED by Ummi Najla. Kak Nad ni Umi kenal ketika kursus “Breastfeeding Peer Counselor Course” di JB baru baru ni. Baik Kak Nad ni, sudi pinjam kan Umi corong pam sebab Umi tertinggal corong pam Umi di hotel. Hehe loqlaq!

Ok. Kisah nya begini, ada seorang ibu yang bertanyakan permasalahan penyusuannya kepada Kak Nad. Jom ikuti penulisan Kak Nad.  

…………………………………………………………

“Macam mana ya saya nak mengepam di bawah matahari?”, tanya ibu tersebut suatu hari. Beberapa kali berkongsi pendapat dengan ibu-ibu yang pernah bekerja di site memudahkan saya untuk memberi idea kepadanya. 

“Saya tukang sapu. Tukang sapu di Majlis Perbandaran. Saya kerja dari pagi sampai petang. Memang tugas saya menyapu di tepi-tepi jalan bawah matahari..” jawabnya ketika itu menidakkan tanggapan saya yang menyangka beliau bekerja di site.

Sejujurnya saya terkelu dengar jawapan itu. Dan berasa amat malu dengan diri sendiri.

Malu sebab saya selalu mencari alasan untuk mengepam di tempat yang tertutup, nak cari tempat aircond bagailah sbb kononnya saya nak selesa dan nak orang lain sedar terutama kawan sekerja lelaki tentang ‘ruang privasi’ saya sewaktu mengepam.

Tapi ibu ini perlu bawa cooler bag sewaktu bekerja. Perlu dikendong sepanjang masa. Bila ada masa rehat, dia berhasrat ingin mengepam di bawah pokok atau mana-mana tempat yang ada dan semestinya tempat tersebut adalah tempat terbuka. Jadi dia amat risau kalau ice packnya akan cair lebih cepat dan susu pula tak bertahan lama.

Saya rasa insaf. Insaf kerana ibu tersebut tidak mengeluh langsung dengan kepayahan kerja beliau tapi tetap ingin tunaikan hak anak dan inginkan pendapat terbaik tentang jadual mengepam dan cara pengendalian EBM yang sesuai dengan situasi beliau. Selepas faham dengan jadual kerja ibu ini, saya cuba beri pendapat yang bersesuaian dan mudah untuknya supaya dia tidak rasa terbeban untuk lakukan.

Alhamdulillah, ibu ini boleh mengepam 4x di tempat kerja dan balik sekejap untuk hantar EBM pada waktu tengahari kepada pengasuh dan tukar ice pack yang baru (tumpang peti ais pengasuh) untuk dibawa pada sesi petang.

Melihat usaha beliau, buatkan saya rasa lebih bersyukur dengan nikmat sedia ada. Bersyukur dengan kecukupan yang Allah beri. Mungkin rezeki kita semua berbeza tetapi nikmat rezeki itu akan lebih dirasai bila kita rasa bersyukur. 

Semoga Allah limpahkan rahmat dan rezeki kepada ibu tersebut yang telah memberi inspirasi kepada saya. Semoga menjadi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang juga merasakan kepayahan mengepam di tempat kerja dan semoga dapat melaluinya dengan baik waima banyak cabaran yang perlu dihadapi. 

……………………………………………………………

Subhanallah. Hebat nya seorang ibu. Insaf nya seorang Umi. Ibu tadi sanggup berpanas demi memenuhi keperluan dan hak anak. Umi yang office ber air-cond, yang pergi kerja naik kereta, yang makan cukup, anak pun nenek yg jagakan, suami yang memahami. Masih lagi tak malu nak mengeluh. 

Nikmat Allah yang mana lagi yang mahu Umi dusta kan? Allah. Kalau bayangkan kesusahan ibu tadi, Umi taktau Umi mampu nak hadapi atau tak. 

Memang laluan perjuangan kita tidak sama. Ada yg penuh liku. Ada yg tak berliku sangat. Tapi percaya lah, Allah nampak segala usaha kita.  

Teruskan berjuang. Kalau rasa nak give up. Ingat balik kisah ni. 

Cerita tadi Umi kredit kan kepada Kak Nad Masrom, Founder FEED by Ummi Najla

#NotaUmmuSaif

Uncategorized

MasyaAllah, hebat nya Susu Ibu!

Assalamualaikum readers,

​Teringat kelas weekend lepas. 

Pakar Laktasi dan juga seorang pakar kanak kanak ada bagitahu, “Susu ibu ni bukan sekadar susu, tapi kasih sayang, cinta, akhlak, positivity, nutrient, keperluan emosi seorang anak dari seorang ibu” 

Sebab tu, kalau ada masalah laktasi, tolong cari solusi. Boleh consult dengan pakar pakar yang ada. Kita ada “Breastfeeding Peer Counsellor”, “Certified Lactation Counsellor”, “Lactation Specialist” & support group yang banyak, kt Klinik Kesihatan pun ada. 

Meantime, boleh cari ibu susuan utk topup susu sementara mencari solusi. Ibu susuan pun pilih lah yg sihat tubuh badan, molek akhlak nya. Sebab susu tu bukan sekadar susu!

Ibu kene usaha cari sampai tahap ni. Sebelum decide utk FM. Saya seriousy bukan anti-FM. Tapi usaha ibu tu kt takat mana kalau betul nak susu kan anak dgn susu sendiri. 

Susu ibu tiada khasiat? MasyaAllah. Susu ibu itu dicipta oleh Pencipta Manusia & Alam Semesta. Hebat nya ciptaan Allah.

Dalam kelas baru ni pun ada slot, “Pemakanan Ibu Menyusu”. Penceramah tekan kan penting nya makan makanan berkhasiat dan cukup nutrien. Dia sebut kene cukup kalsium, vitamin A, iron, mineral, omega, epa, dha, kolina. Macam macam lagi. Ibu ibu kene jaga kesihatan & jaga makan. Make sure nutrient in take cukup. Kalau rasa tak mampu jaga makan, ambil lah vitamin. 

Saya anak baru seorang? Tak layak pun nak cakap macam ni?

Saya sampaikan aje. Usaha pergi kelas sebab nak belajar & share dengan kawan2. 

Semoga ada manfaatnya.

Ps: ada je doktor yg tak sokong breastfeeding ni. Jangan terkejut. 

#NotaUmmuSaif

Breastfeeding

Breastfeeding & Sokongan Suami

Assalamualaikum readers,

Sedikit perkongsian pengalaman. Harap bermanfaat untuk ibu ibu dan bapa bapa baru.

Let me share ye, I know dalam ni ramai ibu ibu muda mcm umi. Bukan muda umur ye. Muda pengalaman. Ramai kawan2 umi dalam FB ni ibu anak sorang, ibu baru pertama kali hamil, yg baru kahwin. Mungkin boleh ambil yg jernih dalam cerita umi ni.

Umi dulu, memang sebelum pregnant lagi dah niat kalau Allah bagi rezeki anak, umi nk susukan dia sampai 2 tahun. Niat bukan syok sendiri ye. Umi bagitahu ayah. Supaya dia faham dan boleh bantu later on.

Dua dua baru nak masuk alam parenting. Takde pengalaman. Jadi apa yg boleh umi & ayah buat, selain ambil nasihat our parents, adalah membaca. Cari ilmu at least basics. So, umi dengan gigih print out semua notes breast feeding yg ada kt FB kak fazi & baca perlahan2. Ayah pun umi suruh baca & faham.

Jadi lepas bersalin, alhamdulillah Saif terus pandai hisap walau tak betul2 pandai lagi. Ni lah cabaran nya. Di awal2 kelahiran, ilmu ada sikit tapi takde pengalaman. Semua yg berlaku adalah pertama kali to both of us.

Dalam 2 minggu pertama tu. Umi tak betul2 sihat lagi. Demam on off. Nak bentan jugak la rasa nya. Menggigil yg tak boleh control tu. Nak terpengsan kt bilik air pun ada. Demam bengkak susu sebenarnya tapi 2 2 taktau kan. So decide g klinik. Dah cek2 jumpa doc semua.

Doc pun ckp: “Puan, saya bukan tak sokong breastfeeding, tapi dengan keadaan puan mcm ni saya cadangkan puan bagi susu alternatif dulu buat sementara. Ada banyak brand kt pasaraya, so puan boleh berehat sampai sihat, baby biar ayah bagi susu”

Camtu lah lebih kurang. Umi yg tgh emosi tak berapa nk stabil, badan lemah, mmg nak setuju dgn idea tu. Tak ingat dah keazaman yg tinggi kengkunun nk susukan anak sampai 2 tahun tu.

Otw balik dari klinik, umi tanya ayah, “kita taknak singgah kedai ke cari susu?”

Ayah jawab, “Takpelah dulu, lain kali kita cari, sian Saif kene tinggal kt rumah tu”

Pandai ayah, dia tak terus kata tak boleh. Ayah just cari alasan lain. Sebab dia tau niat umi awal2 pregnant dulu. Plus dia juga ada membaca.

Bayangkan ayah taktau apa2, mesti dah berikan Saif susu lain padahal umi ada je susu.

See, penting nya peranan suami dalam menyokong isteri. Since then, umi lupa dah idea doc tu. And sekarang baru umi nampak hikmah kenapa ayah ckp cmtu.

Ibu ibu ayah ayah membaca lah. Umi & ayah pun banyak lagi kene belajar. Bukan apa, at least bila ada benda2 yg kita tak expect berlaku, sekurang2 nya ibu ada ayah utk menyokong dia. Bukan biarkan ibu terkontang kanting sendirian.

Tapi betul ke, org kata org kita ni tak berapa nk membaca?

So, sapa baca status ni sampai habis? Cuba belanja sticker sikit.

Ps: baru balik hantar bekalan kt anakanda Aqiff ❤

Amalina Mohayidin

Mom of 1 + 4