Breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu, PenyusuanSusuIbu, Uncategorized

10 TIPS PENTING TENTANG PENYUSUAN BUAT IBU PERTAMA KALI (1ST TIME MOM)

Assalamualaikum Salam Sejahtera, Salam Penyusuan Susu Ibu.

Pertama kali nya, elak jadikan ‘ibu pertama kali’ sebagai alasan untuk tidak terus berjuang dan cepat mengalah.

“Do it right at the 1st time”. Tetapi harus diingat, proses menyusukan itu walau nampak mudah & semula jadi, ia ada cabaran yg tersendiri. Ikuti tips ini sebagai salah satu usaha untuk berjaya dalam penyusuan sekurang kurang nya 6 bulan pertama kehidupan bayi anda.

1. BERSALIN DIHOSPITAL RAKAN BAYI

Bersalin di hospital rakan bayi. Diorg memang akan galakkan ibu menyusu badan. Selepas melahirkan bayi akan diberi kepada ibu untuk menyusu. Jika anda bercadang untuk bersalin di hospital kerajaan, insyaAllah semua hospital kerajaan adalah hospital rakan bayi. Kalau bersalin di hospital swasta yang bukan rakan bayi, inform doctor & nurse anda yang anda nak breastfeed anak anda.

2. MANFAATKAN ‘SKIN-TO-SKIN CONTACT’

Sejam pertama kelahiran adalah waktu yang paling crucial. Rooting reflex pada waktu ini sangat tinggi dimana bayi bila diletakkan di dada ibu, dia pandai mencari areola ibu & hisap susu! That moment was priceless. I still remember the nurse came to me with the baby & put Saif on my chest. Dan Saif pandai hisap! I said, “pandainya dia hisap!” Sebelum cepat cepat nurse bawak pergi oksigen. Kajian menunjukkan, tindakan ini dapat menyumbang kepada kejayaan untuk menyusu badan! Jadi jangan sia sia kan waktu ini mommies! Berdoa kepada Allah supaya kelahiran anda mudah & selamat.

3. EKSPERIMEN POSISI PALING SELESA

Pada beberapa hari pertama, mommies tak perlu risau jika susu belum begitu banyak kerana waktu ini adalah fasa susu kolustrum. We called it as ‘titisan emas’ sebab khasiat nya yang menakjubkan. Penuh dengan khasiat & imuniti. Jangan sia sia kan titisan emas ni. Teruskan penyusuan dengan posisi yang paling selesa. Walaupun akan berasa kekok, usaha lah untuk latching on dengan betul & merasa selesa. Latching yang betul adalah tidak sakit. If anda rasa sakit, means latching tak betul atau ada masalah pada lidah anak. Tolong cek.

4. PAKAI PAKAIAN SELESA

Untuk mendapatkan keadaan yang selesa, pakai lah baju yang selesa. Apabila ibu & bayi selesa, insyaAllah penyusuan akan lebih tenang & menyeronokkan! Bra menyusu sangat penting!

5. ELAKKAN BREAST BENGKAK

Breast bengkak penuh susu kalau tidak dikeluarkan akan menyebab ibu rasa tidak sihat. Lebih teruk jika ia menjadi ‘mastitis’. Jadi, pastikan bayi anda latch on dengan betul, menyusu effectively & so that susu tak terkumpul terlalu lama. Especially ketika masih berpantang, 2 minggu pertama kelahiran, susu akan melimpah ruah walau takde permintaan. Jadi pastikan anda keluarkan dulu susu sedikit, and then baru bagi bayi menyusu. So, bayi akan dapat both foremilk & hindmilk. Jika berlaku clogged duct atau puting tersumbat, pam & urut sehingga tak tersumbat. Kalau tersumbat lagi, meh PM UMI, umi ajar cara paling effective. Tak boleh tulis kt sini. He he he.

6. PUTING MELECET

Yang ni semua orang akan rasa kalau lekapan menyusu bayi anda salah. Ataupun kene gigit dengan anak yang dah tumbuh gigi. Teruskan sahaja penyusuan dengan lekapan yang betul. Kalau sakit sangat, boleh pam & bagi anak susu perahan. Sapu cream & boleh cuba direct feeding guna breast shield. Umi dah rasa, sakit oiiiiii! Menjejes air mata.

7. KENAL PASTI TANDA BAYI LAPAR.

Cuba kenal pasti tanda bayi lapar supaya anda dapat menyusu dengan tenang. Pastikan beri susu sebelum bayi menangis mengamuk. Bila dia dah start meragam macam tu, lagi susah lah untuk latch on dengan baik. Ibu pun stress anak taknak menyusu, pastu mula lah duk fikir susu dia tak cukup. Bahaya ya fikiran ini. Fikir tak cukup susu, bayi taknak direct, demand takde. Lama kelamaan susu pun merajuk!

8. PENGENALAN BOTOL SUSU

Untuk mengelakkan anak anda keliru puting, elakkan dari memperkenalkan bayi anda dengan botol susu especially di awal awal kelahiran. Kalau tak boleh direct latch, bagi susu perahan menggunakan cup atau sudu. Pengenalan botol susu awal awal boleh menyebabkan anak anda keliru puting ibu. Bila anak taknak direct, mula lah ibu sedih. Sobs. Sobs. Ketika dalam pantang, fokus sahaja direct feeding!

9. FIKIRAN POSITIF & DOA

Berfikir la yang positif sahaja. Doa kepada Allah supaya Dia mudahkan niat murni mommies. InsyaAllah.

10. SOKONGAN SUAMI & KELUARGA

Sebelum bersalin zikir kan di telinga suami. ‘Saya nak menyusu badan anak dalam perut ni, abang study sama sama ye?’ Bagitahu ibu & ibu mertua yang anda nak menyusu susu ibu kepada anak anda. InsyaAllah mereka akan sokong 100%

Malyn,
Rakan Pembimbing Penyusuan Anda.

http://www.wasap.my/+60179088812 untuk homevisit & pertanyaan tentang penyusuan susu ibu.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme

Advertisements
Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu, Puasa

​Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusu yang Bekerja

Assalamualaikum readers, harini Umi nak share tips berpuasa bagi ibu menyusu yang bekerjaya. 

1) Kekal hidrasi, pastikan anda minum cukup air. Setiap jam dari waktu berbuka sampai tidur, satu gelas. Bangun sahur minum segelas air setiap jam. 

2) Pilih makanan yang tinggi nutrisi semasa sahur & berbuka. 

3) Fokus kepada protein & fiber kerana ini bantu memberi anda tenaga. 

4) Sahur tak boleh tinggal. Wajib sahur dan kalau boleh lewatkan sahur.

5) Pengambilan multivitamin & mineral yang sesuai dgn tubuh masing masing. Invest sedikit wang utk kesihatan. Multivitamin & vitamin B Complex boleh bantu tukar kan makanan kepada tenaga.

6) Elakkan meminum kopi/kafein kerana ia boleh membuatkan anda rasa haus & dehidrasi. Kaffein juga mengurangkan kadar serapan vitamin & mineral.

7) Elakkan makanan yang terlalu berminyak, manis & terlalu ber santan. 

8) Kurangkan minum minuman yang manis. Minum air isotonik sihat, bukan yg bergula & bergas. Ini membantu anda kekal hidrasi.

9) Jadual pam tetap sama seperti biasa. Kalau selalu pam 3 kali, kene pam 3 kali juga waktu puasa. This is to stimulate the demand. 

10) Kalau rasa taktahan sgt, dan memudaratkan kesihatan. Boleh berbuka. Ibu menyusu & ibu mengandung ada keringanan bab ni. Anda sahaja yg boleh nilai kemampuan diri anda. Take all necessary steps & precautions untuk menghadapi Ramadan dgn jayanya. 

11) Bantuan suami sangat penting. Apa yang penting? Kerjasama! 😉

12) Berdoalah sentiasa kpd Allah supaya diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang Ramadan. 

Are you ready for Ramadan? Ramadan adalah peluang utk kita service badan kita. Peluang utk refresh the whole body!

Selamat berpuasa kepada semua ibu ibu menyusu & ibu ibu mengandung. ( I memang specialized utk ibu ibu menyusu )

Semoga Ramadan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya. 
#NotaUmmuSaif 

#Walkthejourneywithme 

#BetterRamadan

Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu

Penyusuan Susu Ibu : Shuh shuhhh negative vibes!

Assalamualaikum readers, lama tak mengomel. Hehe 

Tadi ada junior Umi tanya mengadu pasal hari pertama dia bekerja setelah habis cuti bersalin. Naik kerja as a BF Mom. 
So, bermula la rutin mengepam 3 kali sehari di tempat kerja. Ada kawan kawan satu office bagitahu dia, kena ajar baby minum FM sebab nanti susu tak cukup. Sebab baby boy banyak menyusu. 

Luckily dia takde lah ter pengaruh cuma nak bercerita dengan Umi. 

Umi cakap kat dia, “Kene kuat semangat dik. Kalau dengar cakap orang, memang gagal lah kita ni”

“Nanti bagitahu kat org yg cakap camtu tu, cakap kat dia, susu saya banyak, dah nak penuh peti, rasa mcm kena beli peti baru je ni”

Hehe. Sure dia dah tak suruh beli susu lain. 

Tapi kalau adik kene beli peti, Umi tak bertanggungjawab ye. Hihi. 

Mindset memainkan peranan penting. Hari hari zikir kat telinga org tu “susu banyak”, “peti penuh”, “kene beli peti baru”.

InsyaAllah cukup utk anak. Jangan risau! 

Umi doakan adik tadi berjaya harung segala rintangan mendatang. 

Amin

#NotaUmmuSaif 

#Walkthejourneywithme

Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu

Penyusuan Susu Ibu : 3 Perkara Penting

Semalam bawa Saif check up setahun dekat klinik desa. Sambil menunggu sembang lah dengan seorang akak ni. Bawak check up anak dia juga usia 4 bulan. 

Dia tanya Umi, “Saif susu badan ke? Sampai sekarang?”

Umi, “Ye kak. Alhamdulillah”

“Abih kalau kojo letak dalam botol ko?”

Umi, “haah kak, pam pastu letak dalam botol”

“Akak ni dah takdo dah susu bagi susu topung jo lah”

Umi, “Boleh tu stimulate balik. Pam 2 – 3 jam sekali. Buat hari hari. InsyaAllah boleh keluar balik susu tu. Baby tu pun boleh tolong stimulate kan” 

“Yoko..”

Pastu diam. Sembang pasal rambut gugur sebab baby main air liur pulak. Yang ni nanti cerita. 

Apa yang Umi nak sampaikan adalah tentang 3 perkara ni.

1) KOMITMEN. 

Tak ramai yang mampu ber komitmen mengepam 2 3 jam sekali. Yang senang ada. Boleh beli kt kedai. Kenapa nak susah susah kan badan. Ye tak?

Hanya yang nekad & kuat semangat je mampu bertahan sampai ke garisan penamat. 

2) ILMU

Yang ini sangat penting. Kalau kita tahu susu ibu itu ada peringkat penghasilan dia. Kita takkan panik bila kolustrum keluar 2 3 titik je sekali menyusu. Memang banyak itu je keperluan perut bayi dihari pertama kelahiran.

Kalau kita tau yang susu terhasil mengikut demand baby & suau ibu mudah hadam. Kita pasti tak kalut kata baby asyik nak menyusu sebab tak cukup susu. Malah kita lagi suka baby byk menyusu sebab kita tahu, lagi banyak baby menyusu, lagi banyak susu yg akan dihasilkan. Betul?

3) DOA

Berdoalah moga Allah bagi kekuatan. Kita ni manusia biasa. Bukan selamanya bersemangat. Kadang2 ada waktu down. Doa lah supaya Allah bantu urusan kita. Doa supaya org sekeliling kita termasuk suami, keluarga, kawan sepejabat, babysitter kita support usaha kita.

 
#NotaUmmuSaif 

#Walkthejourneywithme