Breastfeeding, Penyusuan Susu Ibu, PenyusuanSusuIbu, Uncategorized

10 TIPS PENTING TENTANG PENYUSUAN BUAT IBU PERTAMA KALI (1ST TIME MOM)

Assalamualaikum Salam Sejahtera, Salam Penyusuan Susu Ibu.

Pertama kali nya, elak jadikan ‘ibu pertama kali’ sebagai alasan untuk tidak terus berjuang dan cepat mengalah.

“Do it right at the 1st time”. Tetapi harus diingat, proses menyusukan itu walau nampak mudah & semula jadi, ia ada cabaran yg tersendiri. Ikuti tips ini sebagai salah satu usaha untuk berjaya dalam penyusuan sekurang kurang nya 6 bulan pertama kehidupan bayi anda.

1. BERSALIN DIHOSPITAL RAKAN BAYI

Bersalin di hospital rakan bayi. Diorg memang akan galakkan ibu menyusu badan. Selepas melahirkan bayi akan diberi kepada ibu untuk menyusu. Jika anda bercadang untuk bersalin di hospital kerajaan, insyaAllah semua hospital kerajaan adalah hospital rakan bayi. Kalau bersalin di hospital swasta yang bukan rakan bayi, inform doctor & nurse anda yang anda nak breastfeed anak anda.

2. MANFAATKAN ‘SKIN-TO-SKIN CONTACT’

Sejam pertama kelahiran adalah waktu yang paling crucial. Rooting reflex pada waktu ini sangat tinggi dimana bayi bila diletakkan di dada ibu, dia pandai mencari areola ibu & hisap susu! That moment was priceless. I still remember the nurse came to me with the baby & put Saif on my chest. Dan Saif pandai hisap! I said, “pandainya dia hisap!” Sebelum cepat cepat nurse bawak pergi oksigen. Kajian menunjukkan, tindakan ini dapat menyumbang kepada kejayaan untuk menyusu badan! Jadi jangan sia sia kan waktu ini mommies! Berdoa kepada Allah supaya kelahiran anda mudah & selamat.

3. EKSPERIMEN POSISI PALING SELESA

Pada beberapa hari pertama, mommies tak perlu risau jika susu belum begitu banyak kerana waktu ini adalah fasa susu kolustrum. We called it as ‘titisan emas’ sebab khasiat nya yang menakjubkan. Penuh dengan khasiat & imuniti. Jangan sia sia kan titisan emas ni. Teruskan penyusuan dengan posisi yang paling selesa. Walaupun akan berasa kekok, usaha lah untuk latching on dengan betul & merasa selesa. Latching yang betul adalah tidak sakit. If anda rasa sakit, means latching tak betul atau ada masalah pada lidah anak. Tolong cek.

4. PAKAI PAKAIAN SELESA

Untuk mendapatkan keadaan yang selesa, pakai lah baju yang selesa. Apabila ibu & bayi selesa, insyaAllah penyusuan akan lebih tenang & menyeronokkan! Bra menyusu sangat penting!

5. ELAKKAN BREAST BENGKAK

Breast bengkak penuh susu kalau tidak dikeluarkan akan menyebab ibu rasa tidak sihat. Lebih teruk jika ia menjadi ‘mastitis’. Jadi, pastikan bayi anda latch on dengan betul, menyusu effectively & so that susu tak terkumpul terlalu lama. Especially ketika masih berpantang, 2 minggu pertama kelahiran, susu akan melimpah ruah walau takde permintaan. Jadi pastikan anda keluarkan dulu susu sedikit, and then baru bagi bayi menyusu. So, bayi akan dapat both foremilk & hindmilk. Jika berlaku clogged duct atau puting tersumbat, pam & urut sehingga tak tersumbat. Kalau tersumbat lagi, meh PM UMI, umi ajar cara paling effective. Tak boleh tulis kt sini. He he he.

6. PUTING MELECET

Yang ni semua orang akan rasa kalau lekapan menyusu bayi anda salah. Ataupun kene gigit dengan anak yang dah tumbuh gigi. Teruskan sahaja penyusuan dengan lekapan yang betul. Kalau sakit sangat, boleh pam & bagi anak susu perahan. Sapu cream & boleh cuba direct feeding guna breast shield. Umi dah rasa, sakit oiiiiii! Menjejes air mata.

7. KENAL PASTI TANDA BAYI LAPAR.

Cuba kenal pasti tanda bayi lapar supaya anda dapat menyusu dengan tenang. Pastikan beri susu sebelum bayi menangis mengamuk. Bila dia dah start meragam macam tu, lagi susah lah untuk latch on dengan baik. Ibu pun stress anak taknak menyusu, pastu mula lah duk fikir susu dia tak cukup. Bahaya ya fikiran ini. Fikir tak cukup susu, bayi taknak direct, demand takde. Lama kelamaan susu pun merajuk!

8. PENGENALAN BOTOL SUSU

Untuk mengelakkan anak anda keliru puting, elakkan dari memperkenalkan bayi anda dengan botol susu especially di awal awal kelahiran. Kalau tak boleh direct latch, bagi susu perahan menggunakan cup atau sudu. Pengenalan botol susu awal awal boleh menyebabkan anak anda keliru puting ibu. Bila anak taknak direct, mula lah ibu sedih. Sobs. Sobs. Ketika dalam pantang, fokus sahaja direct feeding!

9. FIKIRAN POSITIF & DOA

Berfikir la yang positif sahaja. Doa kepada Allah supaya Dia mudahkan niat murni mommies. InsyaAllah.

10. SOKONGAN SUAMI & KELUARGA

Sebelum bersalin zikir kan di telinga suami. ‘Saya nak menyusu badan anak dalam perut ni, abang study sama sama ye?’ Bagitahu ibu & ibu mertua yang anda nak menyusu susu ibu kepada anak anda. InsyaAllah mereka akan sokong 100%

Malyn,
Rakan Pembimbing Penyusuan Anda.

http://www.wasap.my/+60179088812 untuk homevisit & pertanyaan tentang penyusuan susu ibu.

#NotaUmmuSaif
#Walkthejourneywithme

Advertisements
Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu

MOTIVASI UNTUK IBU MENYUSU

Assalamualaikum readers,

Ibu ibu menyusu semua, pernah tak ada satu masa tu, ibu ibu rasa nak ‘give up’ utk menyusukan anak? Especially ibu bekerja. Pernah tak rasa malas nya nak pam, nak rehat dari pam kt office, tak nak dah terkejar-kejar masa. Takpun rasa penat sangat sangat. Bayangkan, hari hari itulah rutin nya sepanjang 2 tahun. 

Umi pun pernah je macam tu. Kadang- kadang rasa macam malas sangat, takpun rasa penat sangat nak mengepam. Bayangkan dah lalui rutin ni nak dekat setahun. Ada setahun lagi Umi nak kene komit. Umi siap mesej ayah tanya boleh tak nak cuti pam harini.

Meh nak cerita 1 kisah yang pasti akan membuatkan motivasi ibu ibu kembali bersemangat dan bersyukur dengan peluang dan ruang yang Allah beri utk menyusukan anak. Umi pasti ibu ibu tak jadi untuk senang senang “give up”. Kisah ini jugak memberi motivasi kpd Umi utk terus berjuang. Tak jadi nak mengeluh.

Kisah ini Umi baca di wall kak Nad Masrom, founder FEED by Ummi Najla. Kak Nad ni Umi kenal ketika kursus “Breastfeeding Peer Counselor Course” di JB baru baru ni. Baik Kak Nad ni, sudi pinjam kan Umi corong pam sebab Umi tertinggal corong pam Umi di hotel. Hehe loqlaq!

Ok. Kisah nya begini, ada seorang ibu yang bertanyakan permasalahan penyusuannya kepada Kak Nad. Jom ikuti penulisan Kak Nad.  

…………………………………………………………

“Macam mana ya saya nak mengepam di bawah matahari?”, tanya ibu tersebut suatu hari. Beberapa kali berkongsi pendapat dengan ibu-ibu yang pernah bekerja di site memudahkan saya untuk memberi idea kepadanya. 

“Saya tukang sapu. Tukang sapu di Majlis Perbandaran. Saya kerja dari pagi sampai petang. Memang tugas saya menyapu di tepi-tepi jalan bawah matahari..” jawabnya ketika itu menidakkan tanggapan saya yang menyangka beliau bekerja di site.

Sejujurnya saya terkelu dengar jawapan itu. Dan berasa amat malu dengan diri sendiri.

Malu sebab saya selalu mencari alasan untuk mengepam di tempat yang tertutup, nak cari tempat aircond bagailah sbb kononnya saya nak selesa dan nak orang lain sedar terutama kawan sekerja lelaki tentang ‘ruang privasi’ saya sewaktu mengepam.

Tapi ibu ini perlu bawa cooler bag sewaktu bekerja. Perlu dikendong sepanjang masa. Bila ada masa rehat, dia berhasrat ingin mengepam di bawah pokok atau mana-mana tempat yang ada dan semestinya tempat tersebut adalah tempat terbuka. Jadi dia amat risau kalau ice packnya akan cair lebih cepat dan susu pula tak bertahan lama.

Saya rasa insaf. Insaf kerana ibu tersebut tidak mengeluh langsung dengan kepayahan kerja beliau tapi tetap ingin tunaikan hak anak dan inginkan pendapat terbaik tentang jadual mengepam dan cara pengendalian EBM yang sesuai dengan situasi beliau. Selepas faham dengan jadual kerja ibu ini, saya cuba beri pendapat yang bersesuaian dan mudah untuknya supaya dia tidak rasa terbeban untuk lakukan.

Alhamdulillah, ibu ini boleh mengepam 4x di tempat kerja dan balik sekejap untuk hantar EBM pada waktu tengahari kepada pengasuh dan tukar ice pack yang baru (tumpang peti ais pengasuh) untuk dibawa pada sesi petang.

Melihat usaha beliau, buatkan saya rasa lebih bersyukur dengan nikmat sedia ada. Bersyukur dengan kecukupan yang Allah beri. Mungkin rezeki kita semua berbeza tetapi nikmat rezeki itu akan lebih dirasai bila kita rasa bersyukur. 

Semoga Allah limpahkan rahmat dan rezeki kepada ibu tersebut yang telah memberi inspirasi kepada saya. Semoga menjadi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang juga merasakan kepayahan mengepam di tempat kerja dan semoga dapat melaluinya dengan baik waima banyak cabaran yang perlu dihadapi. 

……………………………………………………………

Subhanallah. Hebat nya seorang ibu. Insaf nya seorang Umi. Ibu tadi sanggup berpanas demi memenuhi keperluan dan hak anak. Umi yang office ber air-cond, yang pergi kerja naik kereta, yang makan cukup, anak pun nenek yg jagakan, suami yang memahami. Masih lagi tak malu nak mengeluh. 

Nikmat Allah yang mana lagi yang mahu Umi dusta kan? Allah. Kalau bayangkan kesusahan ibu tadi, Umi taktau Umi mampu nak hadapi atau tak. 

Memang laluan perjuangan kita tidak sama. Ada yg penuh liku. Ada yg tak berliku sangat. Tapi percaya lah, Allah nampak segala usaha kita.  

Teruskan berjuang. Kalau rasa nak give up. Ingat balik kisah ni. 

Cerita tadi Umi kredit kan kepada Kak Nad Masrom, Founder FEED by Ummi Najla

#NotaUmmuSaif