Natural Supplement, Shaklee, Supplemen Semula Jadi

Kebaikan B Complex Shaklee

Assalamualaikum readers, 

Harini Umi nak share kalau nak consume Vitamin B, make sure Vitamin B anda mempunyai kesemua jenis 8 vitamin B ni untuk keseimbangan keperluan Vitamin B.

B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh badan iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12,  B9 asid folik dan  B7 (100% Biotin)

Istimewa nya B Complex Shaklee ni telah mendapat pengecualian dari dikenakan GST. Boleh dikategorikan sebagai vitamin keperluan oleh kerajaan. 

Jom kita tengok satu satu bahan dalam B Complex Shaklee dan fungsi untuk setiap bahan. 

📌Thiamin (B1) – membantu sel tubuh menghasilkan tenaga, kesihatan jantung dan metabolisma karbohidrat.

📌Riboflavin (B2) – melindungi dari kanser, mencegah migrane dan katarak.

📌Niacin (B3) – membantu menurunkan kadar kolestrol, melepaskan energi dari nutrien-nutrien, mengurangkan stress dan gangguan sendi.

📌Asid Pantothanate (B5) – membantu sistem saraf dan metabolisma, mengurangkan alergik, migrane dan kelesuan. Penting bagi aktiviti kelenjar adrenal, terutama dalam proses pembentukan hormon.

📌Pyridoxine (B6) – membantu dalam penghasilan sel darah merah, mengurangkan risiko hypertensi, asma serta PMS.

📌Biotin (B7) – penting bagi proses perlepasan energi dari karbohidrat, pembentukan kuku dan rambut.

📌Asid Folik (B9) – membantu perkembangan janin ( kekurangan boleh menyebabkan kecacatan janin), pengubatan anemia dan pembentukan hemoglobin.

📌Cobalamine (B12) – membantu merawat sistem saraf dan pembentukkan sel darah merah.

Kesemua jenis vitamin B ini mempunyai fungsi mereka yang tersendiri dan membantu anda utk mengatasi masalah stress seterusnya untuk kesihatan yang lebih. 

0179088812 utk pertanyaan & order. 

#NotaUmmuSaif 

#TofuMofuBofu

#VitaminSemulajadi

Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu, Puasa

​Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusu yang Bekerja

Assalamualaikum readers, harini Umi nak share tips berpuasa bagi ibu menyusu yang bekerjaya. 

1) Kekal hidrasi, pastikan anda minum cukup air. Setiap jam dari waktu berbuka sampai tidur, satu gelas. Bangun sahur minum segelas air setiap jam. 

2) Pilih makanan yang tinggi nutrisi semasa sahur & berbuka. 

3) Fokus kepada protein & fiber kerana ini bantu memberi anda tenaga. 

4) Sahur tak boleh tinggal. Wajib sahur dan kalau boleh lewatkan sahur.

5) Pengambilan multivitamin & mineral yang sesuai dgn tubuh masing masing. Invest sedikit wang utk kesihatan. Multivitamin & vitamin B Complex boleh bantu tukar kan makanan kepada tenaga.

6) Elakkan meminum kopi/kafein kerana ia boleh membuatkan anda rasa haus & dehidrasi. Kaffein juga mengurangkan kadar serapan vitamin & mineral.

7) Elakkan makanan yang terlalu berminyak, manis & terlalu ber santan. 

8) Kurangkan minum minuman yang manis. Minum air isotonik sihat, bukan yg bergula & bergas. Ini membantu anda kekal hidrasi.

9) Jadual pam tetap sama seperti biasa. Kalau selalu pam 3 kali, kene pam 3 kali juga waktu puasa. This is to stimulate the demand. 

10) Kalau rasa taktahan sgt, dan memudaratkan kesihatan. Boleh berbuka. Ibu menyusu & ibu mengandung ada keringanan bab ni. Anda sahaja yg boleh nilai kemampuan diri anda. Take all necessary steps & precautions untuk menghadapi Ramadan dgn jayanya. 

11) Bantuan suami sangat penting. Apa yang penting? Kerjasama! 😉

12) Berdoalah sentiasa kpd Allah supaya diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang Ramadan. 

Are you ready for Ramadan? Ramadan adalah peluang utk kita service badan kita. Peluang utk refresh the whole body!

Selamat berpuasa kepada semua ibu ibu menyusu & ibu ibu mengandung. ( I memang specialized utk ibu ibu menyusu )

Semoga Ramadan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya. 
#NotaUmmuSaif 

#Walkthejourneywithme 

#BetterRamadan

Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu

Penyusuan Susu Ibu : Shuh shuhhh negative vibes!

Assalamualaikum readers, lama tak mengomel. Hehe 

Tadi ada junior Umi tanya mengadu pasal hari pertama dia bekerja setelah habis cuti bersalin. Naik kerja as a BF Mom. 
So, bermula la rutin mengepam 3 kali sehari di tempat kerja. Ada kawan kawan satu office bagitahu dia, kena ajar baby minum FM sebab nanti susu tak cukup. Sebab baby boy banyak menyusu. 

Luckily dia takde lah ter pengaruh cuma nak bercerita dengan Umi. 

Umi cakap kat dia, “Kene kuat semangat dik. Kalau dengar cakap orang, memang gagal lah kita ni”

“Nanti bagitahu kat org yg cakap camtu tu, cakap kat dia, susu saya banyak, dah nak penuh peti, rasa mcm kena beli peti baru je ni”

Hehe. Sure dia dah tak suruh beli susu lain. 

Tapi kalau adik kene beli peti, Umi tak bertanggungjawab ye. Hihi. 

Mindset memainkan peranan penting. Hari hari zikir kat telinga org tu “susu banyak”, “peti penuh”, “kene beli peti baru”.

InsyaAllah cukup utk anak. Jangan risau! 

Umi doakan adik tadi berjaya harung segala rintangan mendatang. 

Amin

#NotaUmmuSaif 

#Walkthejourneywithme

Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu

Penyusuan Susu Ibu : 3 Perkara Penting

Semalam bawa Saif check up setahun dekat klinik desa. Sambil menunggu sembang lah dengan seorang akak ni. Bawak check up anak dia juga usia 4 bulan. 

Dia tanya Umi, “Saif susu badan ke? Sampai sekarang?”

Umi, “Ye kak. Alhamdulillah”

“Abih kalau kojo letak dalam botol ko?”

Umi, “haah kak, pam pastu letak dalam botol”

“Akak ni dah takdo dah susu bagi susu topung jo lah”

Umi, “Boleh tu stimulate balik. Pam 2 – 3 jam sekali. Buat hari hari. InsyaAllah boleh keluar balik susu tu. Baby tu pun boleh tolong stimulate kan” 

“Yoko..”

Pastu diam. Sembang pasal rambut gugur sebab baby main air liur pulak. Yang ni nanti cerita. 

Apa yang Umi nak sampaikan adalah tentang 3 perkara ni.

1) KOMITMEN. 

Tak ramai yang mampu ber komitmen mengepam 2 3 jam sekali. Yang senang ada. Boleh beli kt kedai. Kenapa nak susah susah kan badan. Ye tak?

Hanya yang nekad & kuat semangat je mampu bertahan sampai ke garisan penamat. 

2) ILMU

Yang ini sangat penting. Kalau kita tahu susu ibu itu ada peringkat penghasilan dia. Kita takkan panik bila kolustrum keluar 2 3 titik je sekali menyusu. Memang banyak itu je keperluan perut bayi dihari pertama kelahiran.

Kalau kita tau yang susu terhasil mengikut demand baby & suau ibu mudah hadam. Kita pasti tak kalut kata baby asyik nak menyusu sebab tak cukup susu. Malah kita lagi suka baby byk menyusu sebab kita tahu, lagi banyak baby menyusu, lagi banyak susu yg akan dihasilkan. Betul?

3) DOA

Berdoalah moga Allah bagi kekuatan. Kita ni manusia biasa. Bukan selamanya bersemangat. Kadang2 ada waktu down. Doa lah supaya Allah bantu urusan kita. Doa supaya org sekeliling kita termasuk suami, keluarga, kawan sepejabat, babysitter kita support usaha kita.

 
#NotaUmmuSaif 

#Walkthejourneywithme

Breastfeeding, PenyusuanSusuIbu

MOTIVASI UNTUK IBU MENYUSU

Assalamualaikum readers,

Ibu ibu menyusu semua, pernah tak ada satu masa tu, ibu ibu rasa nak ‘give up’ utk menyusukan anak? Especially ibu bekerja. Pernah tak rasa malas nya nak pam, nak rehat dari pam kt office, tak nak dah terkejar-kejar masa. Takpun rasa penat sangat sangat. Bayangkan, hari hari itulah rutin nya sepanjang 2 tahun. 

Umi pun pernah je macam tu. Kadang- kadang rasa macam malas sangat, takpun rasa penat sangat nak mengepam. Bayangkan dah lalui rutin ni nak dekat setahun. Ada setahun lagi Umi nak kene komit. Umi siap mesej ayah tanya boleh tak nak cuti pam harini.

Meh nak cerita 1 kisah yang pasti akan membuatkan motivasi ibu ibu kembali bersemangat dan bersyukur dengan peluang dan ruang yang Allah beri utk menyusukan anak. Umi pasti ibu ibu tak jadi untuk senang senang “give up”. Kisah ini jugak memberi motivasi kpd Umi utk terus berjuang. Tak jadi nak mengeluh.

Kisah ini Umi baca di wall kak Nad Masrom, founder FEED by Ummi Najla. Kak Nad ni Umi kenal ketika kursus “Breastfeeding Peer Counselor Course” di JB baru baru ni. Baik Kak Nad ni, sudi pinjam kan Umi corong pam sebab Umi tertinggal corong pam Umi di hotel. Hehe loqlaq!

Ok. Kisah nya begini, ada seorang ibu yang bertanyakan permasalahan penyusuannya kepada Kak Nad. Jom ikuti penulisan Kak Nad.  

…………………………………………………………

“Macam mana ya saya nak mengepam di bawah matahari?”, tanya ibu tersebut suatu hari. Beberapa kali berkongsi pendapat dengan ibu-ibu yang pernah bekerja di site memudahkan saya untuk memberi idea kepadanya. 

“Saya tukang sapu. Tukang sapu di Majlis Perbandaran. Saya kerja dari pagi sampai petang. Memang tugas saya menyapu di tepi-tepi jalan bawah matahari..” jawabnya ketika itu menidakkan tanggapan saya yang menyangka beliau bekerja di site.

Sejujurnya saya terkelu dengar jawapan itu. Dan berasa amat malu dengan diri sendiri.

Malu sebab saya selalu mencari alasan untuk mengepam di tempat yang tertutup, nak cari tempat aircond bagailah sbb kononnya saya nak selesa dan nak orang lain sedar terutama kawan sekerja lelaki tentang ‘ruang privasi’ saya sewaktu mengepam.

Tapi ibu ini perlu bawa cooler bag sewaktu bekerja. Perlu dikendong sepanjang masa. Bila ada masa rehat, dia berhasrat ingin mengepam di bawah pokok atau mana-mana tempat yang ada dan semestinya tempat tersebut adalah tempat terbuka. Jadi dia amat risau kalau ice packnya akan cair lebih cepat dan susu pula tak bertahan lama.

Saya rasa insaf. Insaf kerana ibu tersebut tidak mengeluh langsung dengan kepayahan kerja beliau tapi tetap ingin tunaikan hak anak dan inginkan pendapat terbaik tentang jadual mengepam dan cara pengendalian EBM yang sesuai dengan situasi beliau. Selepas faham dengan jadual kerja ibu ini, saya cuba beri pendapat yang bersesuaian dan mudah untuknya supaya dia tidak rasa terbeban untuk lakukan.

Alhamdulillah, ibu ini boleh mengepam 4x di tempat kerja dan balik sekejap untuk hantar EBM pada waktu tengahari kepada pengasuh dan tukar ice pack yang baru (tumpang peti ais pengasuh) untuk dibawa pada sesi petang.

Melihat usaha beliau, buatkan saya rasa lebih bersyukur dengan nikmat sedia ada. Bersyukur dengan kecukupan yang Allah beri. Mungkin rezeki kita semua berbeza tetapi nikmat rezeki itu akan lebih dirasai bila kita rasa bersyukur. 

Semoga Allah limpahkan rahmat dan rezeki kepada ibu tersebut yang telah memberi inspirasi kepada saya. Semoga menjadi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang juga merasakan kepayahan mengepam di tempat kerja dan semoga dapat melaluinya dengan baik waima banyak cabaran yang perlu dihadapi. 

……………………………………………………………

Subhanallah. Hebat nya seorang ibu. Insaf nya seorang Umi. Ibu tadi sanggup berpanas demi memenuhi keperluan dan hak anak. Umi yang office ber air-cond, yang pergi kerja naik kereta, yang makan cukup, anak pun nenek yg jagakan, suami yang memahami. Masih lagi tak malu nak mengeluh. 

Nikmat Allah yang mana lagi yang mahu Umi dusta kan? Allah. Kalau bayangkan kesusahan ibu tadi, Umi taktau Umi mampu nak hadapi atau tak. 

Memang laluan perjuangan kita tidak sama. Ada yg penuh liku. Ada yg tak berliku sangat. Tapi percaya lah, Allah nampak segala usaha kita.  

Teruskan berjuang. Kalau rasa nak give up. Ingat balik kisah ni. 

Cerita tadi Umi kredit kan kepada Kak Nad Masrom, Founder FEED by Ummi Najla

#NotaUmmuSaif

Uncategorized

SUSU IBU : ALLAH BAGI IKUT KEPERLUAN

Assalamualaikum readers,

​Allah bagi mengikut keperluan. Mindset ibu sangat penting. 

Kalau demand anak cukup, kenapa perlu risau tak cukup? Kesana sini cari sesuatu supaya jadi “banyak”. Bila dah try makan itu ini, tak jadi pun. Kecewa. Bila frust ni memang hari dia dikelilingi negativity. Oxytocin pun segan segan.

Bila menjadi, dan banyak (melebihi demand anak), pening nak cari tempat nak simpan. Deep freezer paling murah, koman2 RM400++. Lain la anda memang berniat nak membantu anak anak lain yg memerlukan. Jangka hayat EBM dalam deep freezer paling lama 6 bulan. Bukan 2 tahun. 

Yes. Saya mengaku saya sendiri ada niat ni. Ada rezeki lebih, nak kongsi dgn yg memerlukan. Memang saya berkongsi dgn 4 org anak susuan. So that, deep freezer saya sentiasa ada bekalan utk anak anak walaupun tak penuh. Sebab kalau penuh nanti Umi risau. Takkan nak mintak ayah belikan lagi peti. Hihi. 
Jadi, kalau demand anak cukup, tak perlu la ibu risau tak cukup. Kita adalah apa yg kita fikirkan. Fikir yang baik baik sahaja sudah lah ibu. Tak perlu fikir benda yg tidak tidak. 
Be positive. We are what we think. 
Semalam bukak deep freezer, tgk tak bergerak pun stok. Sebab Saif mmg minum chilled je. Sekali petang semalam, ibu mesej, anakanda Aqiff nak bekalan susu. Alhamdulillahh, happy Umi bila stok bergerak. Hihi. 
Malam esok Umi hantar ok?

Ps: sama juga macam berniaga, fikir yg positif2 sahaja.  Jgn fikir benda yg tidak tidak. Ni post iklan pun belum, dah fikir takde org beli. Deyyyy. Post dulu baru tahu. Allah nampak usaha kita. Yakin je!

#NotaUmmuSaif